Thursday, 23 February 2017

Bagaimana bukan juruaudit boleh jadi Ketua Audit Negara?

Khamis, 23 Februari 2017
Foto Otai BERSIH.

Suka Halaman Ini · 20hb Februari 
Ini hasil mengampu dlm geng BN ada hasilnya.Tahniah..!!
Foto Otai BERSIH.
Dlm Umno asal bodek.psti akn dapat naik pangkat..

Bagaimana bukan juruaudit boleh jadi Ketua Audit Negara? 

Pada 
oleh 
KUALA LUMPUR, 23 FEB: Pelantikan Tun Sri Dr. Madinah Mohamad, seorang bukan juruaudit sebagai Ketua Audit Negara yang baru adalah amat mengejutkan dan di luar jangkaan.
“Ia bukti kukuh bahawa kita tidak peduli akan negara sendiri,” kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim seperti yang dilapor portal berita Free Malaysia Today hari ini.
“Syarikat awam pun memerlukan jawatankuasa audit yang dipengerusikan juruaudit berpengalaman. Tapi di Malaysia, kerajaan (kini) boleh diaudit oleh seorang bukan juruaudit”.
Menurut Zaid, tugas Ketua Audit Negara adalah sangat berat dan meliputi skop yang luas, justeru lebih sesuai jika seseorang yang berpengalaman dalam bidang audit memegang jawatan itu.
Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, katanya, memerlukan Ketua Audit Negara menjalankan audit pematuhan serta memastikan aktiviti-aktiviti jabatan dan kementerian selari dengan peraturan dan undang-undang.
“Ketua Audit Negara juga bertanggungjawab memaklumkan kepada ahli-ahli parlimen sama ada kerajaan menjalankan tugas dengan baik atau tidak. Sebab itu Laporan Audit Negara dibentangkan di Parlimen,” ujarnya.
Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia.
Beliau merupakan isteri kepada Ketua UMNO bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena