Monday 20 February 2017

[Video Donald Trump Sudah Mengetahui Najib Dalang 1MDB] Mansuh Kementerian Wilayah, BTN, PERMATA

Isnin, 20 Februari 2017

Image result for Foto Najib sokong donal Trum

Mansuh Kementerian Wilayah, BTN, PERMATA - pembangkang


Pembangkang hari ini menuntut pemansuhan beberapa lagi jawatan, kementerian dan badan yang menurut mereka tidak perlu, bagi menjimatkan wang kerajaan.
Tuntutan itu dibuat sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula perkhidmatan awam, susulan kebimbangan terhadap perbelanjaan emolumen RM77.4 bilion atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
“Penyusunan semula adalah lebih baik daripada mengurangkan penjawat awam melainkan untuk jabatan-jabatan yang melibatkan pelantikan kuota parti politik,” menurut kenyataan Pakatan Harapan.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Datuk Saifuddin Nasution bagi pihak PKR, Liew Chin Tong (DAP) dan Khalid Samad (Parti Amanah Negara – AMANAH).
Isu itu muncul semula selepas bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (gambar), 13 Februari lalu, mencadangkan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti di Greece.
Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.
Sementara itu, kenyataan HARAPAN hari ini mencadangkan pemansuhan Kementerian Wilayah Persekutuan kerana didakwa bertindih tugas dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.
“Peruntukan belanjawan yang dikhaskan pada Kementerian Wilayah Persekutuan sebanyak RM1.61 bilion perlu diagihkan semula kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam bentuk penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, HARAPAN juga menggesa kerajaan memansuhkan jawatan duta-duta khas dan penasihat menteri yang bertaraf menteri yang “tidak berperanan” membangunkan negara serta bertindih dengan tugas perwakilan luar negara.
Selepas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dua lagi badan turut berdepan gesaan sama, iaitu Biro Tatanegara (BTN) dan Program Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Peruntukan PERMATA itu dicadang diagihkan semula kepada agensi-agensi pendidikan awal kanak-kanak sedia ada seperti yang sedang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan.
Gabungan pembangkang itu juga menegur peruntukan besar RM10 bilion daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016.kepada Pejabat Perdana menteri.
HARAPAN mempertikaikan jumlah menteri dan timbalan menteri yang masing-masing berjumlah sembilan dan tiga orang.

“Lantikan-lantikan ini hanyalah untuk memenuhi kuota setiap ahli komponen BN dan bukannya atas dasar meritokrasi dan keupayaan melaksanakan tugas,” kata mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena