Sunday, 26 February 2017

[Video] Pemimpin Umno Bandar Tun Razak & AJK Pas Tambun direman tiga hari?

Isnin, 27 Februari 2017



Polis pada semalam telah menahan dua individu di dua lokasi yang berbeza berikutan individu-individu tersebut mengeluarkan kenyataan berhubung isu kemalangan yang membabitkan pemandu Nissan Almera dan 8 geng basikal di laman sosial.

Zaharin Yasin direman tiga hari

Penulis blog Datuk Zaharin Mohd Yasin antara tiga yang direman selama tiga hari ekoran mengeluarkan kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dipetik Bernama berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada mereka ditangkap pada Sabtu malam manakala seorang lagi awal pagi Ahad.
Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil tangkapan itu, polis merampas dua kad sim dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan berkenaan menerusi Facebook.
Beliau berkata menerusi penahanan kedua dan ketiga pula, polis menahan lelaki berumur 61 dan 64 tahun, masing-masing di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor serta Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kedua-dua mereka dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Februari lalu berkaitan kenyataan tersebut di Facebook.
"Polis turut merampas dua telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Ketiga-tiga lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, polis pada Sabtu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi siasatan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farah Shukri di Mahkamah Majistret di sini.
Beliau memerintahkan penulis blog berumur 64 tahun dan lelaki bergelar 'Datuk' berumur 61 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Selasa manakala lelaki berumur 65 tahun itu direman dua hari.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena