Friday 10 February 2017

[Video] Tergadai jugak! TAK LAMA LAGI giliran PLOTON pula...PH-Bersatu perlu bergabung, bentang manifesto bersama.

Sabtu, 11 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
Memudahkan urusan dgn Komunis PRC ker..??

HAR !.. HAR !.. HAR !!

Harap pekerja PLOTON opss PROTON kena ambil kelas bahasa Mandarin dari skrg.. dana disediakan sepenuhnya oleh AMENO..

HAR !.. HAR !.. HAR !!
Foto Suara Rakyat.

WOWW !!! Tu dia satu negara nak di'Komunis-China'kan oleh DIA...

"Kuasai bahasa Mandarin mudahkan urusan dengan China" - Najib Razak, 9/2/2017.

TAK LAMA LAGI giliran PLOTON pula.. 

HIDUP MELAYU !!.. HIDUP UMNO !!!..

Ini Semua Salah Cina-DAP !!!

#Sebarkan #Viral

Faiz Fadzil



Pakatan Harapan-Bersatu perlu bergabung, bentang manifesto bersama
Pakatan Harapan (PH) perlu segera memeterai perjanjian penggabungan rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui pembentangan manifesto bersama agar rakyat terutama anak muda jelas dengan tawaran jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya, 7 Februari lalu.
Menurutnya, anak muda yang merupakan komposisi pengundi besar pada pilihan raya umum akan datang adalah golongan terbanyak yang mengalami kelesuan pengundi (fatigue voters) kerana keliru dengan hala tuju pakatan pembangkang.
"Mereka tidak suka kepada politiking tetapi mereka mahu pakatan pembangkang yang utuh dan fokus. Jika Pas enggan bersama Pakatan Harapan, maka anak muda akan faham dan konsisten untuk bersama PH.
"Hanya dengan persediaan satu logo dan manifesto bersama, anak muda hari ini yang dibelenggu masalah pekerjaan, pemilikan rumah, pinjaman pendidikan dan kos sara hidup tahu bahawa Pakatan Harapan benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Bagaimanapun, beliau bimbang jika kesepakatan antara parti-parti pembangkang tidak diselesaikan secepat mungkin, anak muda akan memilih untuk tidak mengundi kerana kecewa dengan politiking parti pembangkang.
"Oleh itu, jadikan fenomena Brexit sebagai pengajaran supaya tidak berulang di Malaysia dalam PRU14 ini," tegasnya merujuk kepada keputusan United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah pada 23 Jun tahun lalu.
Mengulas penekanan Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, Farhan Haziq tentang manifesto anak muda pada program yang dihadiri pemimpin tertinggi Amanah, PKR, DAP dan PPBM itu, beliau berkata, Pemuda PH sememangnya telah bersepakat untuk mengeluarkan satu buku tawaran Pakatan Harapan kepada golongan muda.
"Satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang diwakili oleh wakil ketiga-tiga sayap parti yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang untuk mengkaji perkara ini dengan lebih baik dan berkesan.
"Rata-rata anak muda hari ini memahami isu dan skandal korupsi yang berlaku dalam negara yang melibatkan pemimpin kleptokrat Umno-BN, namun mereka telah selangkah ke hadapan memikirkan apakah PH bersedia menjadi kerajaan menanti (government in waiting).
"Di sini, anak muda akan menilai tawaran yang dikemukakan PH melalui manifesto yang bakal dibentangkan kelak sama ada benar-benar realistik dan efektif dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka," tambah Faiz lagi.
http://malaysiadateline.com/…/7061-pakatan-harapan-bersatu-…

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena