Sunday, 19 February 2017

[Video Jika PH Berkuasa, PM Hanya 2 Penggal!] Menilai H355 apakah Pas puas hati? Himpunan semalam tidak begitu menguntungkan Pas! "Golongan cerdik tidak sedia menjadi burung terkukur, berkuh kuh kuh mengangguk kepada Pas".

Isnin, 20 Februari 2017


Kanak-kanak Dijadikan Perisai?

Peserta himpunan Akta 355 langgar syarat bawa bayi, kanak-kanak 

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, para peserta perhimpunan Akta 355 yang berlangsung di Padang Merbok semalam telah melanggar syarat kerana membawa bayi dan kanak-kanak. 

"Pada 18 Februari 2017, antara jam 1400 hrs (2 petang) sehingga 2330 hrs (11.30 malam), semasa polis menjalankan tugas kawalan keselamatan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, telah mendapati ramai peserta perhimpunan RUU 355 memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak kecil menghadiri perhimpunan tersebut. 

"Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur 7 bulan sehingga 15 tahun," kata beliau dalam kenyataan. 

Tindakan membawa bayi dan kanak-kanak itu merupakan suatu kesalahan dibawah Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012, jelasnya. 

ULASAN GB 

Patutlah ramai... kanak-kanak pun diangkutnya ke padang Merbok. Selain dari pelajar-pelajar Tahfiz, ahli-ahli PAS turut membawa anak-anak mereka ke perhimpunan berkenaan. 

Alasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar kononnya penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama amat tidak masuk akal. 

Kanak-kanak itu dibawa selain dari nak menampakkan himpunan itu ramai, ia juga mendedahkan sikap ahli PAS yang ingin menjadikan anak-naka mereka sebagai "perisai" untuk mendapat belas kasihan pihak berkuasa jika berlaku sebarang insiiden yang tidak diingini ke atas mereka. 

Mendedahkan kanak-kanak itu di tengah panas dan hujan yang lebat, tidakkah itu memudharatkan kanak-kanak berkenaan? 

Apakah mendidik untuk cintakan ugama dalamasa yang sama mendidik mereka membelakangkan undang-undang yang telah termaktub? 

Selain dari kanak-kanak dengan jumlah yang agak ramai (ada ibu/bapa yang membawa semua anak-anaknya 5-6 orang) ke himpunan, pengangkutan bas percuma yang disediakan, sokongan dari pihak berkuasa dan tanpa ugutan menjadilah himpunan itu tampak ramai. 

Maka "tercapailah niat penganjur" untuk menandingi perhimpunan BERSIH, seperti dicatatkan oleh beberapa orang peserta himpunan di dalam status media sosialnya: 

Dan benarlah apa yang GB sebutkan sebelum ini: 

Kemudian kita dapati insiden memaki hamun dengan plakad serta membakar bendera parti-parti lain khususnya DAP turut mewarnai H355. Melambangkan betapa dasyatnya sikap dan tindakan golongan taksub parti berkenaan. 



Apabila GB angkat hal ini ke media sosial untuk membuktikan wujudkan kejadian pembakaran tersebut, maka salah seorang pascai bangun membela katanya ia adalah penyamaran dari mereka yang bukan ahli PAS untuk mencemarkan nama PAS. 

Lalu GB pun jawablah begini: Dia ahli PAS yang kemudiannya PAS tak akui sebagai ahli. Jika benar mereka menyamar mengapa mereka yang ditahan oleh Unit AMAL itu tidak menyerahkan kepada pihak polis? Terkedulah dia untuk menjawabnya. 

Ternyatalah bahawa himpunan yang diberikan liputan meluas oleh media arus perdana itu sebenarnya satu himpunan yang gagal kerana bertitik-tolak dari nawaitu yang salah. 
Dicatat oleh 

Menilai H355 apakah Pas puas hati?

ULAS H355
Selama lebih sebulan parti agama (Pas) mengreklamasikan H355 -- Himpunan menyokong pindaan Akta 355 untuk memartabatkan mahkamah Syariah. Persiapan agak rapi dilaksanakan bagi menjayakan himpunan berkenaan. Pas berangan-angan untuk jadikan himpunan itu satu sejarah, himpunan kuimpulan agama (KUMAGA) terbesar selepas perjumpaan para ulama di kelab Sultan Sulaiman kira-kira 60 tahun lampau.

Kemuncak kepada kempen adalah gertakan agar orang ramai hadir ke H355 ialah, sesiapa yang tidak hadir akan dianggap sebagai "Ahok". Ahok ialah Gebenur Jakarta yang berketurunan Cina dan beragama Kristian. Watak yang dicuaki waktu ini di Indonesia.  Ada elemen rasis dan agamisme dilakukan dalam mengharap orang ramai hadir himpunan di Padang Merbok semalam.

Kempen itu juga mendapat kerjasama baik dengan parti pemerintah, Umno. Pelancaran T Shirt rasmi berwarna ungu tertulis H355 dibuat bersama Ketua Penerangan Pas Nasaruddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir. 

Umno sedia memberi segala macam kemudahan untuk himpunan itu. Tiada sekatan jalan raya, tiada provokasi dan macam-macam seperti dilakukan pada himpunan Bersih. Jadi jumlah kehadiran semalam sekitar 30,000 ke 40,000 (termasuk yang dalam perut), menjelaskan kekuatan sebenar Pas waktu ini. Umno berjaya mencapai apa yang diimpikan.

Dengan jumlah seramai itu, jauh dari sasaran 200,000 ertinya hampir atau kurang separuh daripada jumlah yang hadir semalam, adalah ahli Pas yang sudah tidak bersama parti itu lagi dimana berkemungkinan mereka bersama Amanah atau mengambil sikap tawaqus. Kalau mengikut kapasiti keanggotaan Pas, parti itu mempunyai 800,000 ahli. Paling tidak pun kalau Pas masih solid seperti dahulu himpunan semalam boleh cecah 200,000.

Apa lagi himpunan semalam dimobilis dan diorganiskan demikian rupa. Khabarnya pengangkutan disediakan, wang kopi disediakan. Seluruh kakitangan agensi kerajaan (Kelantan) dikerah agar hadir. Ada amaran dikeluarkan jika tidak hadir tindakan akan diambil. Curi peristiwa diberikan. Sepupu penulis sendiri yang berkhidmat sebagai guru hadir, mengakui apa yang didengari ini.

Mungkin bagi penyokong Pas yang kurang hafal aljibra sudah berasa puas dengan himpunan itu, tetapi yang tahu sifir politik akan mencebek mulut, kecewa. 
Biarlah saya tidak mahu bincang lanjut serta membuat unjuran di sini terhadap andaian-andaian itu yang mungkin benar atau tidak. Apa yang hendak dinilai di sini dan membuat postmortem himpunan semalam ialah mengenai untung dan ruginya kepada Pas, khasnya, dan amnya kepada umat Islam di negara ini.
Beberapa kesimpulan yang boleh saya buat mengenai himpunan semalam seperti berikut:

1. Parti agama telah terpedaya dengan Umno. Penyokong Umno dan pemimpin mereka termasuk wakil rakyat yang diharap menyokong RUU 355 di parlimen tidak bersama Pas. Mereka tidak hadir. Umno hanya mengirimkan Jamil Khir dan Asyraf Wajdi Dusuki untuk meraikan para himpunan.

2. Sepatutnya kalau Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak dapat hadir, sekurang-kurang dua tiga orang menteri kanan kena hadir. Mustapa Mohamed, Nazri Aziz, Teuku Adnan Teuku Mansor, Azalina Othman Said, Idirs Jusoh, perlu hadir. Namun tidak ada kelibat mereka yang tampak.

3. Dua orang wakil rakyat Kelantan yang beriya menyatakan sokongan mereka kepada Hudud, Annuar Musa dan Alwi Che Amat juga patutnya tidak menguzurkan diri. Dalam kontkes Kelantan wajar mereka hadir bersama Mustapa Mohamed bagi menunjukkan kepada rakyat Kelantan mereka cintakan Hudud. Apabila orang ini tidak hadir jelas mereka hanya "main wayang" atau menjadi bulu ayam untuk menggelikan telinga orang Pas sahaja.

4. Himpunan semalam juga gagal menarik perhatian orang Melayu Kelantan yang berada di Kuala Lumpur. Terdapat lebih 600,000 orang Kelantan yang berada di lembah Kelang. Apabila jumlah kehadirannya sekitar 40,000 di mana jumlah itu dipercayai 10,000 hingga 15,000 dari Kelantan, menunjukkan penyertaan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur sangat tidak menggalakkan. Kenapa, mungkin mereka kecewa dengan sikap dan pendekataan Pas Kelantan sekarang. Boleh jadi juga mereka ke tempat Zaid Ibrahim di Petaling Jaya. 

5. Himpunan itu juga gagal dihadiri oleh bukan Islam. Ini menunjukkan mekanisme dakwah Pas tidak berkesan. Kelemahan ini menyebabkan proses penegakkan syariah terus akan menjadi masalah yang akhirnya mengagalkan cita-cita untuk melaksanakan Hudud. Alhasilnya Pas akan kehilangan undi bukan Islam dalam Piraum akan datang. 

6.   Umum tahun H355 itu disokong sama oleh beberapa NGO Islam, seperti Isma, Jati, Jaring Melayu, PPIM dan sebagainya. Kebanyakan ahli Ngo ini terdiri dari golongan yang cerdik atau pun mereka yang terpelajar. Apabila bilangan mereka hadir boleh dibilang dengan jari, bermakna golongan cerdik tidak sedia untuk dihimpun di Padang Merbok untuk menjadi burung terkukur, untuk berkuh kuh kuh  mengangguk kepada Pas.

Menyudahkan ulasan saya ini, himpunan semalam tidak begitu menguntungkan Pas, sebalik ia melabakan Umno. Kemeriahan dan sorak sorai dalam perhimpunan itu tidak lebih genderang perang yang mengasyikkan Pas untuk menyanyikan lagu kekalahan selepas ini. Aksi himpunan itu samalah aksi himpunan dalam ceramah-ceramahan Pas sebelum tahun 1999 -- sebelum Reformasi, dimana ia ramai tetapi umpama bueh-bueh di buritan kapal. 

Seharusnya dengan apa yang berlaku parti agama membuat mahasabah. Mereka perlu membuat koreksi semula dengan apa yang berlaku semalam. Beberapa pemimpin yang rasional nan tersisa dalam parti itu harus berani bangkit mengislakan siasah Pas.

Mereka kena pastikan juga apakah penyakit Presiden Kesatuan Ulama Dunia Yusuf Qardhawi seperti mana kata Abdul Hadi turut berjangkit kepada timbalannya? [wm.kl.8:32 pm 19/02/17]

* Maaf lambat pos catatan ini, dan kepada mereka yang ada rakam gambar Himpunan semalam boleh dikirimkan untuk dikongsi dalam blog ini.


1 comments:

Zahid Hamidi said...

Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


Salam anak rantau..
Johor dan sekitarNy


Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena