Wednesday 22 February 2017

[Video Pakat Dok Dengaq ni! Mahfuz Bocoq Rahsia] Panel Pas kerjanya maki DAP, maki Amanah je...dengan UmNO/BN tak lawan dah! Pas sudah lupa perjuangan menentang asabiyah?

Rabu, 22 Februari 2017


Saya naik pentas PAS pun tak tahu dah nak cakap apa. Panel yang bersama maki DAP, maki Amanah je kerja. Dengan UmNO/BN tak lawan dah.

Pas sudah lupa perjuangan menentang asabiyah, kata Mohamad

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu meminta pemimpin dan ahli Pas agar mengingati semula perjuangan parti Islam itu menentang pemikiran asabiyah suatu ketika dahulu.
"Tajuk muktamar Pas 1986 'menggempur pemikiran asabiyah'. Kami semua hafal hadis berkaitan asabiyah.
"Selepas berlaku kezaliman kepada ahli dan penyokong Pas di Memali, Pas memilih tajuk meuktamar 'bergerak menentang kezaliman'.
"Tapi apabila Pas semakin berumur semakin dilupakan perjuangan menentang pemikiran asabiyah dan kezaliman ini.
"Bahkan Pas dan Umno boleh satu kapal sekarang ini. Dulu selepas muktamar kita bakar akhbar Utusan sebab terlalu marah dengan akhbar itu yang sering buat laporan salah tentang Pas. Tapi sekarang boleh pakai baju berlogo Utusan," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Kuala Krai malam tadi.
Beliau menegaskan, sejarah politik tanah air membuktikan pembangkang tidak mampu menang jika bertanding bersendirian.
Justeru Amanah semakin semakin yakin dengan kekuatan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditambah pula dengan kebersamaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Politik di Malaysia dalam pilihan raya mesti ada muafakat. Tak boleh bertanding bersendirian.
"Invoke mengatakan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Pas tak akan menang. Jadi ahli dan penyokong Pas pilihlah nak bersama parti mana dalam pembangkang ini.
"Kita kena muafakat kita dah ada Pakatan Harapan semua orang tahu di sebelah pantai barat undi orang Tionghoa besar sekarang bila sebut negeri mana BN tak selamat orang sebut Johor, Pulau Pinang dan sekarang ada kajian kata lapan negeri akan jatuh kepada Pakatan Harapan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena