Friday 17 February 2017

[Video Pas Bergabung Dengan Bersatu 'HANYA RETORIK'] 3 Penjuru: PAS takyah bayang-bayanglah...Antara DAP, AMANAH, PKR...& Pas JAWATAN DUNIA juga yang utama.

Sabtu, 18 Februari 2017

3 Penjuru: PAS takyah bayang-bayanglah...kita orang dah tahu, cumanya selain Hadi, semua takleh pakai! 

Orang lain hanya merapu tanpa restu Hadi sang konar baring! Kata-kata Tuan Ibrahim pun tak terpakai, inikan pula mamat mentah ni Akhir-akhir ni geng-geng serban ni asyik salahkan orang saja, macamlah mereka tu maksum sangat! 

Nape tak berambos saja dari anggotai kerajaan Selangor?
Posted by fakhruddin yusoff 

ANTARA DAP, AMANAH, PKR...& PAS JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA...

JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA....
Walaupun Hadi Awang seperti memberi bayangan hampir pasti untuk memutuskan  jalinan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar Pas April nanti, kepentingan jawatan dan kedudukan mungkin menjadi halangan utamanya.
Hadi bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atas alasan parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah dan jika perkara itu menjadi pegangan rasmi, ia dengan sendirinya melibatkan PKR yang memang sah, bahkan sudah lama ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
Hubungan dengan PKR akan diputuskan dalam Muktamar Pas April nanti, tegas Presiden Pas itu lagi.
Bagaimanapun, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bukan saja berbeza, malah mungkin menjadi titik tolak dalam keputusan pada muktamar nanti.
Menurut beliau, meskipun sekiranya hubungan Pas dengan PKR berakhir selepas Muktamar pada April itu, mereka tidak akan berundur daripada jawatan sebagai Exco  serta pelbagai kedudukan lain dalam kerajaan negeri Selangor.
Alasan beliau ialah Pas perlu menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP dalam pilihanraya 2013 yang lalu.
Kita tidak boleh lari daripada mandat yang telah diberikan kepada kita, ujar beliau kepada sebuah portal dalam talian.
Pulak?
Jadi, apakah yang boleh dijangka akan diputuskan oleh Pas tentang hubungan dengan PKR dalam muktamarnya nanti?
Terus bekerjasama atau putus segera?
Barangkali susah juga mahu meneruskan kerjasama dengan PKR kerana Hadi sudah mengatakan Pas tidak akan bekerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
Tetapi, bagaimana Pas hendak memutuskan hubungan dengan PKR sedangkan Iskandar dan Pas Selangor mahu terus bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri yang sedang disandang sekarang?
Siapa lagi orang penting dalam Pas atau rapat dengan Hadi yang ada jawatan tinggi dan gaji besar dalam kerajaan negeri Selangor?
Hmmmm....rasanya apa keputusan pada Muktamar nanti sudah boleh dijangka. (SH 17/02/2017)
KedahLanie
Pas bayangkan saingan tiga penjuru PRU14
SITI FATIHAH AWANG - 17 FEBRUARI 2017
KOTA BHARU – Pas membayangkan persaingan tiga penjuru dalam PRU ke 14 nanti tidak lagi boleh dielak. 

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki Pas telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara Pas dan parti itu. 

“Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera yang diwujudkan oleh Pas dan Ikatan semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan,” katanya dipetik di dalam laman facebooknya semalam.
Posted by fakhruddin yusoff 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena