Monday 13 February 2017

[Video] "Salahuddin Ayub 'DEDAH' Kemana Duit RM90 Juta UMNO Bagi Kepada PAS"! Kamu (Pas) yang mengelirukan, jawab mufti Perlis.

Selasa, 14 Februari 2017


Foto Parti Amanah Negara.

Pelancaran Kempen Sukarelawan Media Oren Selangor (MOS) dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara | Tuan Haji Salahuddin Ayub
#AmanahDemiNegara
#MediaOrenSelangor

Kamu yang mengelirukan, jawab mufti Perlis

 | February 13, 2017
Keindahan Islam bukan hanya apabila hudud dilaksanakan, tetapi apabila balak tidak dipotong sesuka hati, kata Asri.


asri-pas
PETALING JAYA: Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempertahankan keindahan Islam bukannya terletak hanya pada pelaksanaan hudud tetapi pada tadbir urus yang baik.
Kerana sebenarnya kitab Islam (nas) lebih banyak menyentuh mengenai tadbir urus, akhlak, hak, kebajikan, kebersihan dan alam sekitar berbanding hudud.
Bagaimanapun, mufti Perlis berkata ada golongan yang asyik tertumpu kepada isu hudud. “Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi.”
Asri di Facebook hari ini meleraikan agenda itu kepada politik. “Sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan, ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.”
Semalam, Asri di forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka mengkritik penyokong hudud yang menganggap pelaksanaan hukum itu nanti akan menunjukkan “keindahan Islam”.
Hari ini, PAS membidas Asri sebagai seorang yang keliru dan mengelirukan umat Islam.
“Tahukah kamu apakah yang mengelirukan?” soal Asri. “Apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makanan sembelihan, solat 2 imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.”
“Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.
“Anda menyebut ‘Perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah’. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati Perlembagaan.
“Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?” soal Asri.
Beliau turut menghentam PAS kerana mengubah suai pendirian ketika mahu berbaik dengan parti politik tertentu.
“Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jemaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.
“Ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.”
Beliau memohon PAS tidak mempolitikkan agama kerana ia akan mengelirukan keutamaan dalam Islam.
“Dunia maju yang bermatian pelarian Islam lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut,” kata Asri.
“Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak ‘memotong balak’ sesuka hati.”
Ia selepas Asri mempertikaikan sejauh mana pelaksanaan syariah di Malaysia akan berjaya dan menunjukkan ‘keindahan Islam’ seperti yang digambarkan penyokongnya.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pencuri tetap berdosa dan jika terlepas hukuman di dunia, mereka masih dihukum di akhirat nanti.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...










































































































































































































































































































































































Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena