Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak selepas menerima permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurhidayah Zokronain di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini.
Sumber memberitahu, lelaki berusia 43 tahun itu disyaki meminta wang rasuah RM2,000 daripada pengurus syarikat keselamatan itu sebagai dorongan meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi bulan Oktober 2017.
 
Menurut sumber, sekiranya tidak diberikan wang, tuntutan bagi bulan berkenaan tidak diluluskan menyebabkan pengurus syarikat terbabit memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaun bank milik penolong pegawai tersebut.
Lelaki itu ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM di sini pada pukul 3.10 petang semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE