Wednesday, 1 February 2017

[Video] Propaganda BN: BN Kalah Cina Perintah Malaysia! UMNO/BN TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT?

Rabu, 1 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT !!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus nnti..

Hakikatnya, menipu makanan ruji dlm Ameno !!!

Foto Suara Rakyat.


Cerita BEG PLASTIK..
Rakyat ada pilihan untuk jimatkan 20 sen.
Guna beg kitar semula.

Cerita PETROL..
Rakyat ada pilihan untuk jimatkan 20 sen.
Guna minyak kitar semula.
Sahut nasihat Bung Moktar, jalan kaki.
Sahut nasihat Nawawi, tinggal di bulan.

Tiada beg plastik: Rahmat kepada alam sekitar

ULASAN Angkatan Wanita Amanah (Awan) Nasional menyokong penuh usaha kerajaan negeri Selangor melaksanakan polisi tiada beg plastik di semua premis perniagaan di Selangor. 
Awan menyeru pendidikan menjaga kelestarian alam sekitar digiatkan dalam kalangan para pengguna baik di Selangor mahu pun di negeri-negeri lain di Malaysia.
Beg plastik dibuat dari sumber yang tidak boleh diperbaharui dan menyumbang kepada perubahan iklim dunia
Kebanyakan plastik diperbuat daripada polipropilene, iaitu bahan yang berasal dari petroleum dan gas asli. Kedua-dua bahan ini berasaskan bahan api fosil yang tidak boleh dipebaharui.
Pengekstrakkan dan pemprosesan beg plastik menghasilkan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global.
Beg plastik tidak akan musnah!
Plastik beg yang berasas petroleum tidak mudah diurai. Ia boleh mengambil masa lebih 1000 tahun untuk diurai dan musnah sepenuhnya.
Setiap tahun, lebih 500 billion- 1 trilion beg plastik yang digunakan di seluruh dunia [1]. Beg plastik yang dibuang dalam tong sampah berakhir di tempat pembuangan sampah dan tapak pelupusan. Beg plastik juga biasanya akan dikoyakkan penjadi serpihan kecil yang berakhir di lautan. Kajian mendapati terdapat kira-kira 46,000-1,000,000 serpihan plastik terapung di setiap batu persegi lautan dunia kita. Bilangan ini bertambah 2 kali ganda setiap 3 tahun.
Beg plastik membahayakan hidupan liar dan hidupan laut
Plastik beg dan serpihan plastik beg sering disalah anggap sebagai makanan oleh haiwan, burung dan hidupan laut. Sistem penghadaman haiwan ini gagal memproses plastik membawa kepada masalah kesihatan kepada haiwan tersebut. Banyak juga haiwan yang lemas dan tersangkut di dalam beg plastik yg mengakibatkan kecederaan dan kematian. Dengan pengetahuan ini, kita bukan sahaja berlaku rahmah terhadap bumi tetapi termasuk kepada haiwan lain.
Beg plastik sukar dikitar semula
Walaupun beg plastik boleh dikitar semula dan digunakan semula sekali lagi, kemudahan dan teknologi yang diperlukan untuk mengasingkan dan memproses pelbagai jenis beg plastik berasingan masih tidak ada atau tidak menjimatkan. Oleh itu, kitar semula beg plastik masih sangat rendah dan masih belum menjadi pilihan yang praktikal di Malaysia.
Beg plastik telah diharamkan di lebih 40 buah negara dan majlis perbandaran. Program Sekretariat Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan pengharaman beg plastik di peringkat global.
Mungkin sukar untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan beg plastik dari kehidupan kita, tetapi kita mampu mengurangkan dan mengguna semula beg plastik. Kita boleh mengurangkan penggunaan beg plastik dengan membawa beg yang lebih tahan lama apabila membeli-belah. Beg ini boleh dibuat daripada bahan plastik yang lebih kuat atau beg kapas. Menggunakan beg yang boleh diguna semula lebih setahun dapat mengurangkan penggunaan tenaga 10 kali berbanding menggunakan beg plastik biasa.
Justeru, Awan menyeru para pengguna memulakan tabiat baru iaitu;
a) membawa beg non-woven, beg daripada kain atau lain-lain bahan yang boleh diulangpakai.
b) membawa bekas makanan seperti mangkuk tingkat/tupperware untuk membeli makanan dan minuman.
Awan juga menyeru rakyat Selangor untuk bersabar dan istiqamah untuk membeli belah tanpa atau minima penggunaan bungkusan dengan beg plastik.
Walaupun merasakan langkah ini menyusahkan kita pada peringkat awal ini, namun jika kita semua bekerjasama kesan "ketiadaan plastik" dalam kehidupan kita adalah berbaloi apabila alam sekitar kita bersih dari plastik dan kita dapat meninggalkan bumi yang bersih bebas dari pencemaran sampah untuk anak cucu kita.
10. Surah Ar Rum ayat 41, Allah berfirman yang membawa maksud;
“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat."
Dr Siti Mariah Mahmud ialah Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) dan Ahli Parlimen Kota Raja 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena