Thursday 7 August 2014

Phergh! Macai Umno Tergolek Dhoq! Pesta Bogel disertai bekas Ketua Wanita GERAKAN dari BN...

Khamis, 7 Ogos 2014
Phergh, Macai Umno Tergolek Dhoq!... 
Page by Nur Fadah - Kira-kira dua bulan lalu, ada satu acara yang diadakan di Pulau Pinang dikenali sebagai Sukan Bogel Malaysia 2014 yang menampilkan 18 orang peserta yang ...

Bekas ketua Wanita Gerakan sertai pesta sukan bogel 

Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah. 

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

“Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.

“Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.

“Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia.

Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil "Chandra Lawan Tetap Lawan" memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong.

Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial.

“Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat.

“Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah.

“Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru.

“Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat,” katanya.

Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu.

“Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain.

“Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama,” katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu.

Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. -TMI 
Posted By Green Boc 



Semalam TKM 1 Pulau Pinang Tuan Haji Rashid Hasnon telah melawat sendiri kawasan yang dikatakan menjadi tempat sukan bogel yang menggemparkan negara dua hari  yang lepas.

Sejurus kejadian ini para macai-macai dan blogger UMNO dengan tanpa usul periksa terus mengaitkan peristiwa ini dengan DAP dan juga menyalahkan PAS yang tidak bersuara.

Hakikatnya kerajaan negeri Pulau Pinang langsung tidak tahu menahu akan kewujudan program ini. Terdapat dua point yang nyata telah menutup terus mulut macai-macai dan blogger UMNO daripada terus memainkan isu ini dan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Yang pertama kawasan terlibat iaitu Teluk Kampi sebenarnya mempunyai chalet yang dikhaskan untuk kakitangan kerajaan sahaja. 

Yang kedua Taman Negara Penang itu sendiri sebenarnya di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan bukannya di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Lihatlah sendiri dekat papan tanda yang di tunjukkan oleh Tuan Haji Rashid jelas menunjukkan Taman Negara ini dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan.

Jadi tidak timbul langsung kelulusan diberikan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Inilah kebodohan macai-macai UMNO BN. Belum pun disiasat sudah membuat fitnah.

Tikaqbuluh.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena