Saturday, 30 August 2014

Slogan MERDEKA dilaung PM tidak bawa maksud apa-apa...'Jangan Sambut Merdeka' yang sia-sia!

Ahad, 31 Ogos 2014


Merdeka: Slogan dilaung PM tidak bawa maksud apa-apa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Lim Kit Siang salah satu tweet menggunakan hashtag tersebut menulis, ‘seandainya iklan Merdeka itu benar, pastilah kerajaan tidak perlu membazir wang mempromosikan 1Malaysia’.

Setakat sekarang, katanya slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri ternyata sekadar penjenamaan, dan hakikatnya tidak membawa maksud apa-apa.

"Kita dapat melihat seolah-olah pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih lagi terjadi. Kita masih lagi terpecah-pecah dan tidak bersatu.

"Malah kita masih lagi menggunakan undang-undang British untuk menafikan hak bersuara dan berpendapat seperti Akta Hasutan 1948 dan pelbagai lagi undang-undang yang menindas, sepertimana yang boleh dilihat dari beberapa pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dalam masa sepuluh hari lalu," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 30/8/2014

Jangan Sambut Merdeka Yang Sia2 Dan Menyusahkan Orang Lain.

Pertama. Korang citer pasal merdeka bagai tapi sampah korang buang merata2. Ini merdeka apa kalau tak reti nak jaga kebersihan dan mengotorkan tempat sambutan kemerdekaan. Takde rasa malu. Takde rasa bersalah langsung buang sampah merata2.

Kedua. Letak bendera penuh satu kereta, kenderaan dan sebagainya. Bendera lambung tercampak jadi bahan buangan tepi jalan. Buang duit. Lepas tue kibaran kain2 bendera itu pula bukan sahaja menyakitkan pandangan mata bahkan ia mengacau pandangan orang yang sedang memandu. Tak fikir ke kibaran2 bendera korang tue sangat berbahaya dan merunsingkan pengguna jalanraya. Takde otak ke?

Ketiga. Kalau setakat nak sambut merdeka huha huha tengok bunga api, perarakan dan
bercouple sakan baik tak payah. Pergi mampos lagi baik orang2 macam korang. Ko rasa kita neh merdeka sangat ke pada saat negara dilanda musibah dalam pelbagai rupa? Masalah ekonomi. Jenayah. Sosial. Pendidikan. Pekerjaan. Inflasi. Harga rumah. Kos sara hidup. Adakah boleh bergembira lagi sambut kemerdekaan huha huha macam orang takde pedoman?


Keempat. Ada yang buat pesta merdeka. Ini satu lagi sampah2 masyarakat yang cuba mengambil keuntungan untuk melepaskan nafsu dan matlamat peribadi dengan menjadikan sambutan kemerdekaan sebagai modal. Pak2 club kapitalis jual tempat. Tak malu langsung. Orang2 macam korang patut mampos beramai2 bagi menjimatkan oksigen di negara ini.

Kelima. Erti kemerdekaan perlu difahami dari segi faham sejarah. Maksudnya ko kena belajar apa itu sejarah dan bagaimana orang2 terdahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk generasi akan datang seperti kita2 neh hah. Kalau setakat faham benci komunis dan kemudian owh yeayyyy kita merdeka, baik tak payah. Ko tahu gaung? Terjun masuk situ. Layaknya manusia2 macam korang neh.

Keenam. Bila tiba sambutan kemerdekaan kita akan tengok sesetengah geng2 pembangkang melepaskan rasa marah ke atas jalur gemilang. Dia angin satu badan dengan corak pentadbiran BN tapi dia jadikan jalur gemilang sebagai mangsa keadaan. Ini pun satu kerja bangang juga. Daripada huha huha dok maki jalur gemilang baik tulis satu artikel yang berfakta dan bermanfaat untuk dibaca oleh orang ramai. Kita nak orang faham bagaimana kemerdekaan dicapai dan siapakah pemain2 yang bertanggungjawab disebalik kemerdekaan negara. Bukannya asyik caci maki jalur gemilang sampai ke sudahnya. Ko rasa dengan maki ko boleh ubah orang? Ko rasa dengan maki orang akan tahu apa yang dia tidak tahu? Kalau macam tue bakar aje semua buku2 dalam dunia neh. Kita maki aje sesama sendiri sebab akhirnya sesama sendiri akan faham apa yang ingin disampaikan dan dihujahkan oleh sesama sendiri ye tak?

Ketujuh. Beria2 la pula selfie bagai dengan gambar jalur gemilang untuk tunjuk betapa patriotiknya dia. Bagusnya budak neh. Padahal patriotik kepala hotak kau. Kalau ko patriotik sangat ko patut berperanan menyelamatkan negara ini dari terus diperintah dan dipimpin oleh pemimpin2 yang jahat, rakus, tak amanah, tiada intergriti, menyusahkan rakyat dan sedang membawa negara ke arah kehancuran. Ini baru la patriotik. Patriotik sebenarnya bermaksud selamatkan negara daripada dirosakkan. Bukan sokong program2 perosak negara.

Kelapan. Ajar anak untuk bersyukur Malaysia neh aman sebab BN mentadbir la. Lagu2 memuji kerajaan dimainkan le. Lepas tue buang masa p dengar ucapan2 pemimpin2 dan menteri2 negara. Alahai. Tak cukup diperbodohkan sentiasa sanggup pula jadi mangsa untuk diperbodohkan lagi. Sudah2 la lari dari fakta dan realiti kehidupan. Jika aman itu maksudnya bebas dari perang maka Malaysia ini tidak la boleh dibanggakan disebabkan apa yang berlaku di Sabah sekarang neh. Kita tak bebas dari ancaman luar dan peperangan sekalipun. Apa yang aman nya pula. Kita patut ajar budak2 muda ini tentang realiti dan tunjukkan dorang betapa parahnya negara kita dengan pelbagai masalah yang semakin menjadi barah dalam pentadbiran negara. Lebih cepat budak2 ini dihadapkan dengan masalah2 negara lebih senang dorang faham yang Malaysia ialah sebuah negara yang bermasalah maka tak la tergila2 sakan nak jadi penyanyi pelawak aje kerjanya.

Kesembilan. Program2 bodoh yang disiarkan di kaca tv, menyanyi la apa la bukan la aku nak kondem tapi bagi aku program2 itu tiada pengisian yang mendekati ke arah memahamkan rakyat apa itu kemerdekaan dalam erti kata sebenar. Tv pun satu bingainya. Langsung tak berani nak bersikap inovatif untuk anjurkan perbahasan ataupun forum bebas mengenai topic2 kemerdekaan oleh pejuang kiri dan kanan.

Kesepuluh. Selagi mana negara kita dok mengangkat nama2 penjajah kat nama jalan2, nama2 tempat dan ada tugu dibina untuk memperingati askar luar baik tak payah sambut merdeka. Merdeka la sangat bila jilat bekas penjajah. Pelik juga aku.

Kesebelas. Merdeka. Yeayy. Merdeka. Merdeka. Ini laungan yang buat aku rasa meluat meluat meluat dan meluat meluat meluat dan meluat lagi. Nampak sangat muka masing2 hipokrit bagai dok laung perkataan merdeka tapi haram faham apa itu merdeka. Nak2 bila Najib yang laung depan tv. Lagi buat aku rasa meluat. Merdeka hapanya kalau rakyat tengah pecah kepala fikir GST next year Najib oi. Penerangan mengenai GST pun masih kabur dan kelam kabut lepas tue nak hapuskan subsidi secara berperingkat di saat sistem bantuan korang kepada rakyat (golongan sasaran) pun tak effisen mana. Merdeka la sangat. Merdeka pale hotak kau la.

Ameno World

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena