Monday, 18 August 2014

Menyabitkan Najib Razak dalam konspirasi Liwat II...Peguam Anwar ditangkap

Selasa, 19 Ogos 2014

Berita Tergempar Dari HQ PKR.. Saksikanlah


N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II, menerima waran tangkap hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menyabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam konspirasi Liwat II.

"Polis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, peguam Anwar dalam kes rayuan Liwat II," kata notis media yang dihantar.Beliau akan didakwa di mahkamah Jalan Duta.Berikutan waran tangkap dikeluarkan atas Surendran juga, beliau dikehendaki hadir ke Balai Polis Pudu pada jam 7 malam ini.

Ketua Pembangkang itu ketika ini dalam proses rayuan kes liwat yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober sebagai keputusan akhir.Awal hari ini, Anwar mendakwa peguamnya tersebut menerima ancaman daripada Umno yang melancarkan serangan dengan membuat laporan polis ke atasnya, serta disokong media milik kerajaan.

Anwar menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan secara peribadi bertemu dengan Najib pada 24 Jun, 2008.Najib juga dituduh menipu apabila pada mulanya mendakwa Saiful hanya bertemu pegawainya dan pertemuan itu hanya berkenaan isu biasiswa.

"Kemudiannya, Najib menukar ceritanya dan mengaku berjumpa Saiful di kediamannya."Pertemuan itu dirancang pegawai khas Najib sendiri, Khairil Annas Jusoh. Malah peguam pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengakui bersama," katanya.

Katanya, lebih jelas lagi wujud konspirasi apabila pegawai polis atasan SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang terlibat mendakwanya pada 1998 juga bertemu Saiful selepas pertemuan dengan Najib petang tersebut."Ini jelas konspirasi berlaku di depan mata kita," kata Anwar.

Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya itu, kira-kira 6 tahun lepas.


Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000. ~tmi
Addin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena