Sunday, 24 August 2014

PKR tak pernah menang DUN Pengkalan Kubor...PAS tuntut Kerusi

Ahad, 24 Ogos 2014

PAS tuntut Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebab PKR tak pernah menang disitu..


Dewan Muslimat Pas meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada Pas setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada Pas biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Muslimat Pas Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Mengulas mengenai calon yang sesuai daripada Muslimat, beliau yang juga Ketua Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

“Kita belum lagi menentukan siapa calonnya. Masih awal untuk ulas, tidak kira daripada Muslimat atau Muslimin saya yakin Pas mempunyai ramai individu yang berkelayakan,” katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu. Siti Zailah juga mengakui PRK Dun Pengkalan Kubor kali ini adalah satu cabaran yang baharu memandangkan ia berada dalam kawasan menteri besar.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.
Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena