Saturday, 30 August 2014

Najib! Jangan aniaya kami!...RM6 bilion wang rakyat digunakan menyelamatkan kroni...(bukan sikit anak)

Sabtu, 30 Ogos 2014
Gambar: Dari mana sumber 6000 juta wang yang disuntik dalam MAS?

6bilion bukan sikit anak. Kalau duit tu dari kantung rakyat. Tidak adil digunakan bagi menyelamatkan krony yg tinggal hujung nyawa.

Setiap tahun mas catat krugian. Bila masa untung?  Kalau untung rakyat dapat apa? SAMPAH semua nih.

6bilion baik buat hospital yg serba daif. Naik taraf. Rakyat susah beratur dan tunggu lama untuk dpt rawatan tak pernah nak fikir?

6bilion tu gunakan buat lebuhraya tampa tol itu lebih afdal. Duit rakyat dikembalikan pada rakyat!!

Najib!!! Jangan aniaya kami!!
Dari mana sumber 6000 juta wang yang disuntik dalam MAS?

6bilion bukan sikit anak. Kalau duit tu dari kantung rakyat. Tidak adil digunakan bagi menyelamatkan krony yg tinggal hujung nyawa.

Setiap tahun mas catat krugian. Bila masa untung? Kalau untung rakyat dapat apa? SAMPAH semua nih.

6bilion baik buat hospital yg serba daif. Naik taraf. Rakyat susah beratur dan tunggu lama untuk dpt rawatan tak pernah nak fikir?

6bilion tu gunakan buat lebuhraya tampa tol itu lebih afdal. Duit rakyat dikembalikan pada rakyat!!

Najib!!! Jangan aniaya kami!!


LAGI SEKALI BEKAS BOS NSTP BELASAH LUNYAI LUMAT PENTADBIRAN NAJIB RAZAK .. KALI INI ISU SUNTIKKAN RM6 BILLION KEPADA MAS


LAPORAN media massa hari ini mengatakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion. 
Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.

Saya sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu:- 1. Bubarkan. 2. Jual kepada swasta. 3. Selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara. 4. Lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan 5. Hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan.

Untuk berhentikan pekerja saja sudah memerlukan RM1.9 bilion. Apa halnya dengan kos-kos lain. Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris.
Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena