Sunday, 31 August 2014

[Video] PSS: Jumpa di mahkamah, kata LGE kepada IGP...Bagaimana dengan Rakan COP?

Ahad, 31 Ogos 2014



Jumpa di mahkamah, kata KM pada IGP

Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah.

Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu.

Lim juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS, kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu rumah anggotanya.

Selepas lebih 150 anggotanya ditahan hari ini, Khalid menulis di Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis menyerbu kediaman masing-masing.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.
Malaysiakini.

Komen
Whychy Soon ·  Top Commenter · Butterworth, Malaysia
mengikut budi bicara IGP PPS pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Hakikatnya Rakan COP di bawah naungan PDRM juga tidak didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Mengikut logik dan budi bicara yang sama Rakan COP tajaan PDRM juga pertubuhan haram, samseng dan mencabar undang-undang M'sia. Oleh itu pihak PDRM akan melancarkan operasi seluruh negara menangkap ahli-ahli Rakan Cop kira-kira 500,000 orang.


Fahmi Iskandar ·  Top Commenter · Massachusetts Institute of Technology (MIT)
Kita nak lihat apa penghujung certa IGP ni selepas mahkamah yg tentukan. Kalau x hormat pada LGE, hormatilah jawatan KM. Jgn lupa, task force parti2 politik semasa kempen, jkkk, belia 4b, rakan cop dan itu ini perlu di daftarkan. Mesti ikut Undeng2...

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena