Wednesday, 20 August 2014

Pegawai Bank Curi Wang Mangsa MH370...

Rabu, 20 Ogos 2014

Foto Wajah Pegawai Bank Yang Curi Wang Mangsa MH370



Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.

Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd

Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena