Thursday, 21 August 2014

Masih tercari-cari rasional tukar MB? Ada agenda! & ROS mula siasat PKR...

Khamis, 21 Ogos 2014
Ada agenda?

Gambar: Adakah situation terdesak dan ada agenda ?

Yang mana perlu pilih?
Adakah situation terdesak dan ada agenda?
Yang mana perlu pilih?

ter'tunjuk'...
Gambar: Dalam pada syok dok fitnah dan jadi batu api, admin Friends of BN - Barisan Nasional telah ter'tunjuk' ke bodoh2 alangnya kepada masyarakat...kikiki~

Takbir pon takbirlah...kata raya kan...wakakakaka ;)

#tfcrew

Dalam pada syok dok fitnah dan jadi batu api, admin Friends of BN - Barisan Nasional telah ter'tunjuk' ke bodoh2 alangnya kepada masyarakat...kikiki~
Takbir pon takbirlah...kata raya kan...

Siasatan ROS Terhadap Pemecatan Khalid Bermula...



Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memulakan siasatan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu awal bulan ini.

Sehubungan itu Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong diminta hadir ke pejabat ROS di Putrajaya 28 Ogos ini bagi memberi keterangan berhubung pemecatan Khalid yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pada Selasa Dr Tan menerima sepucuk surat daripada ROS yang meminta beliau hadir ke Putrajaya untuk memberikan keterangan berkaitan satu aduan salah laku.

Namun katanya, surat itu tidak mengandungi maklumat terpeinci berhubung aduan yang dimaksudkan.

"Bagaimanapun PKR difahamkan satu pasukan yang diketuai ASP Akmal Yahya, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ROS telah bertemu Datuk Dr Tan di Ibupejabat PKR hari ini. Dalam pertemuan tersebut, ASP Akmal memaklumkan bahawa pertemuan yang sepatutnya berlaku esok (Khamis) telah ditunda ke 28hb Ogos," katanya.

Menurut Fahmi, Dr Tan akan ditemani peguam R Sivarasa dalam pertemuan minggu hadapan.

Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.

Khalid menerima pemecatan itu tetapi menganggapnya 'cacat dan tidak sah', serta berikrar untuk kekal sebagai menteri beaar sehingga mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

Malah Khalid turut membuat adun kepada ROS kerana menyifatkan penyingkirannya daripada PKR adalah salah dan melanggar perlembagaan parti.
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena