'Pahlawan Meludah'
RUPA-RUPANYA BUDAK MELAYU YANG BIADAP MELAKUKAN KERJA SAMSENG MELUDAH YB KHALID SAMAD SEMALAM DI MAHKAMAH JALAN DUTA ADALAH AHLI-AHLI PERKASA SELANGOR.
Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah semalam selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Shah Alam, YB Khalid Samad telah disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.Mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya. Malah, seorang daripada mereka tampil meludahnya.
“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.
“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.
“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.
Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.
Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.
Setelah dijalankan kerja terjah bongkar, didapati para samseng taik kucing kering ini adalah penganut NGO Perkasa Negeri Selangor yang diketuai sendiri oleh Setiausaha Kehormat Selangor yang langsung tidak tahu hormat Ahli Yang Berhormat.
Nasib baik Kak Long CDM 25 Kiki yang baru sahaja menjadi ahli Perkasa Selangor turut serta, kalau tidak harus kena pelangkuing dengan pengunci stereng.
Posted by OMAK KAU!
0 comments:
Post a Comment