Tuesday, 26 August 2014

Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan...tiada p'raya negeri

Selasa, 26 Ogos 2014

SAH Khalid Ibrahim letak jawatan..Petikan Surat Dari Istana

Posted by 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam kenderaan rasminya ketika memasuki kawasan Istana Bukit Kayangan jam 2.20 petang tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam kenderaan rasminya ketika memasuki kawasan Istana Bukit Kayangan jam 2.20 petang tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Petugas media berkumpul seawal jam 12 tengah hari tadi untuk membuat liputan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
Petugas media berkumpul seawal jam 12 tengah hari tadi untuk membuat liputan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Kayangan tepat jam 2.20 petang ini untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenderaan yang membawa baginda dilihat tiba lima minit lebih awal sebelum Abdul Khalid.

Sementara wakil media sudah berkampung sejak jam 12 tengah hari tadi lagi di pintu pagar utama istana bagi membuat liputan kemelut politik jawatan menteri besar di negeri ini.

Sementara itu, sidang media menteri besar yang dijadualkan jam 4 petang di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) ditangguhkan ke 5.30 petang ini.

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Kerabu Bersuara

Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan

MUHAMMAD FAIZAL 
SHAH ALAM: Berikut transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama wartawan selepas membaca kenyataan media Istana dan kenyataan medianya hari ini.

Wartawan: Adakan Tuanku menolak calok Pakatan Rakyat, Wan Azizah?

Khalid: Tak tolak, tapi Tuanku minta setiap parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS PKR dan DAP kemukakan dua nama untukk calon MB.

Wartawan: Masa yang diberikan untuk kemukakan nama tersebut?

Khalid: Dia (Istana) akan menulis surat selepas kenyataan akhbar ini, Pejabat Sultan akan tulis surat kepada PAS, PKR dan DAP untuk menyatakan permintaan Tuanku Sultan untuk cadangan nama-nama, besar kemungkinan ada tarikh ditetapkan.

Wartawan: Tan Sri tahu apa pandangan untuk menentukan siapa yang lebih layak?

Khalid: Biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan mereka yang layak untuk jadi MB.

Wartawan: Ada dibincangkan untuk pembubaran Dun?

Khalid: Tidak perlu buat masa ini, Tuanku memberi ruang kepada parti kemukakan nama calon.

Wartawan: Kemukakan nama calon, adakah ia menunjukkan Tuanku Sultan tidak sokong Azizah?

Khalid: Tidak timbul, hanya kemukakan nama calon tidak lebih dari empat nama.

Wartawan: DAP tidak mempunyai calon Melayu, siapa yang mereka ingin kemukakan?

Khalid: Menamakan Ahli Dewan Negeri, sudah tentu DAP boleh calonkan siapa sahaja dalam Pakatan, dulu saya pun disokong DAP.

Wartawan: Mengenai kedudukan Adun Pelabuhan Klang, adakah selepas peletakan jawatan MB, untuk Adun turut dilepaskan?

Khalid: Saya tidak akan buat keputusan apa-apa sehingga ia dibuat oleh Tuanku, buat masa ini saya teruskan tugas sebagai Adun.

Wartawan: (Tuan Guru Abdul) Hadi mencalonkan  Azmin, Tan Sri setuju tak?

Khalid: PAS mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama sesiapa saja.

Wartawan: Calon yang layak dikalangan Adun, adakah ia mesti anak Selangor?

Khalid: Terpulang kepada Istana, saya tidak akan mencampuri dan ambil peranan dalam perkara pelantikan Menteri Besar.

Wartawan: Adakah Sultan menasihati untuk ada pembubaran Dun?

Khalid: Tidak, baginda Tuanku hanya meminta nama-nama dari setiap parti, sekurang-kurangnya dua nama.

Wartawan : Tan Sri, mengenai kerajaan negeri diteruskan seperti biasa dengan empat exco.

Khalid: Saya akan meneruskan pentadbiran negeri dengan empat exco sehingga pelantikan Menteri Besar, dan pelantikan exco baru dilakukan.

Wartawan: Apa sebab Tan Sri letak jawatan?

Khalid: Mereka tak mahu saya (sambil ketawa).

Wartawan: Disentuh tak mengenai kriteria MB wanita?

Khalid: Hanya perbincangan, saya beri surat dan Tuanku nasihat sedemikian.

Wartawan: Jika dilantik semula MB, Tan Sri terima tak?

Khalid: Saya tak terima, saya gembira dengan apa yang ada sekarang.

Wartawan: Tan Sri rasa siapa yang lebih sesuai?

Khalid: Saya pun tak pasti siapa, terpulang kepada kebijaksanaan Tuanku untuk menentukannya.
- HARAKAHDAILY

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena