Friday, 29 August 2014

Sultan tolak calon MB 'REMOTE CONTROL'? PAS S'gor Nafi...

Jumaat, 29 Ogos 2014
Truck Remote Control Terbesar Di Dunia Karya Luca Bordin


Pada yang reti dan mahu reti... kerusi MB bukan hanya untuk kepentingan pihak tertentu tapi untuk kepentingan rakyat banyak tidak kira apa pun parti yang mereka sokong...
PAS nafi kemuka 4 calon untuk jawatan MB Selangor

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 29 August 2014
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad kata secara praktikalnya PAS Selangor boleh kemukakan nama ahlinya kepada Pusat tetapi terikat dengan ketetapan Pakatan Rakyat kerusi menteri besar Selangor milik PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad kata secara praktikalnya PAS Selangor boleh kemukakan nama ahlinya kepada Pusat tetapi terikat dengan ketetapan Pakatan Rakyat kerusi menteri besar Selangor milik PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor itu sebaliknya berkata, mesyuarat antara PAS negeri dengan‎ Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali di Shah Alam pada Rabu bersetuju akan mencalonkan dua nama daripada PKR.
"PAS Selangor tidak bagi nama. Kita cuma beri pandangan kepada PAS Pusat tentang isu ini," katanya ketika dihubungi, sekaligus menolak dakwaan empat nama Adun PAS ‎dicalonkan dalam mesyuarat Rabu lalu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar milik Umno itu melaporkan, empat nama terbabit adalah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi (Bendahari PAS Selangor), Ir Mohd Haslin Hassan (Adun Tanjung Sepat) selain Iskandar sendiri.
"Saya tak tahu tentang (dakwaan) itu," katanya.
Katanya, secara praktikalnya PAS Selangor boleh kemukakan nama ahlinya kepada Pusat tetapi terikat dengan ketetapan Pakatan Rakyat (PR) kerusi menteri besar Selangor milik PKR.
Selepas mendapat “lampu hijau” daripada PAS Selangor, nama tersebut kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat AJK PAS Pusat untuk diputuskan sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum 3 September depan.
Adun Cempaka itu berkata, keputusan dibuat kerana menghormati titah Sultan Selangor yang meminta sekurang-kurangnya dua nama bagi memudahkan baginda menentukan calon yang difikirkannya layak.
Mustafa sebelum ini juga dilaporkan berkata, menjadi hak parti itu untuk mencalonkan dua nama seperti yang diputuskan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.
Secara tidak langsung memberi isyarat PAS enggan tunduk kepada gesaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan PAS bersama PKR dan DAP untuk menghantar nama satu calon sahaja kepada istana, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PKR dan DAP dalam responnya terhadap titah istana pada Selasa lalu berkata, mereka bertegas dengan keputusan hanya mencalonkan Wan Azizah selaras dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun 2013 apabila menamakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon tunggal bagi penggal kedua.
Namun, Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Rabu lalu mendedahkan ada nama lain selain dirinya yang dicalonkan kepada istana pada tahun 2008 dan 2013, tetapi diserahkan oleh PAS dan PKR dalam surat yang berasingan. – Ogos 29, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-kemuka-4-calon-untuk-jawatan-mb-selangor#sthash.P5BlT1TS.dpuf

TERKINI - Sultan Selangor Tolak Calon MB 'Remote Control'

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.

Dalam satu lagi laporan berkaitan, The Star menyebut bahawa sultan Selangor berpendapat Wan Azizah tidak perlu menghadap baginda buat masa ini.

"Permohonan untuk menghadap itu menjadi isu akademik kerana Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah mengumumkan peletakan jawatannya.

"Tidak perlu lagi Dr Wan Azizah bertemu sultan untuk menyampaikan keputusan parti kerana ia soal dalaman," kenyataan sumber itu dipetik dalam laporan tersebut.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.

Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN.
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena