Friday, 29 August 2014

Anti-Istana? Istana Selangor tersinggung dan menyakitkan hati...

Jumaat, 29 ogos 2014

Istana Selangor tersinggung

Pihak Istana Selangor tersinggung dengan kenyataan anti-istana - sumber 
K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Ogos 29, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 29, 2014 13:47 MYT) 
Pihak Istana Selangor tersinggung dengan kenyataan anti-istana - sumber
Pihak Istana telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai menjejaskan dan menyakitkan hati. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pihak Istana Selangor telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai 'menjejaskan' dan 'menyakitkan hati'.

Menurut laporan The Star, mengungkap kata-kata seorang sumber rapat kepada istana, pihak istana tersinggung dengan serangan berterusan oleh pihak tertentu.

"Istana telah berdiam tetapi orang ramai terus membuat kenyataan berbau anti-istana.

"Kenyataan seperti itu menyinggung perasaan. Orang-orang ini perlu membaca perlembagaan negeri dan memahami konvensyen istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen terhadap situasi yang berlaku.

"Peguam tertentu dari parti-parti politik pula diupah untuk mentafsir beberapa perkara menurut apa yang pelanggan mereka mahu," kata sumber tersebut kepada The Star.

Pada Selasa, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena