Sunday, 31 August 2014

Bujang Senang 'kurang senang' seri 1-1 dengan Perak...PENYOKONG MERUSUH! Kereta Polis dibakar...

Isnin, 1 September 2014

KERETA POLIS DIBAKAR OLEH PENYOKONG BOLASEPAK SARAWAK!

Lima Lelaki Ditahan Ekoran Rusuhan Di Stadium Sarawak



KUCHING — Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan

Disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra
Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh
kenderaan rasmi mereka malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz
mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur
di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.

Menurutnya kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya
perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di
stadium itu.

Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka
membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang
bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.


Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila
sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis
Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik Polis.

Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya.– BERNAMA


PETRA JAYA : Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam Sabtu.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.

Bujang 'kurang senang'  ~ LAPORAN MYMETRO

Petra Jaya: Sebuah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar manakala dua unit kereta peronda ditolak ke parit berikutan suasana tegang penyokong di Stadium Negeri apabila Sarawak gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Terdahulu, beratus penyokong Bujang Senang yang dikatakan tidak berpuas hati apabila skuad mereka seri 1-1 menentang Perak, bertindak memasuki stadium selain membaling mercun dan suar. 

Keadaan semakin tegang apabila anggota keselamatan terpaksa berkampung di tengah padang bagi menghalang penyokong Sarawak. 

Insiden ini berlaku sebaik wisel perlawanan ditiup apabila rata-rata penyokong bertindak liar membaling objek ke padang.

Suasana di Stadium Negeri Petra Jaya selepas Sarawak tersingkir di peringkat Kumpulan B.
Ini juga menyebabkan pemain dan pegawai pasukan Perak terpaksa berkurung dalam bilik persalinan atas faktor keselamatan.

Sehingga 1 pagi ini, pemain dan pegawai pasukan Perak masih berkampung dalam stadium atas faktor keselamatan.

Keadaan di luar stadium masih kecoh sehingga memaksa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan peluru pemedih mata.

Pada masa sama, polis terpaksa menambah anggota FRU bagi mengawal keadaan.

Pada perlawanan penentuan ke pusingan seterusnya, Sarawak mendahului Perak 1-0, melalui tandukan Hairol Mokhtar pada minit ke-60.

Gol berkenaan yang hadir pada babak kedua dilihat bagaikan membuka ruang buat Sarawak untuk lolos ke suku akhir.

Bagaimanapun, Perak menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Marco Lopes Silva dan sekaligus mengikat kedudukan itu sehingga tamat perlawanan.
Kedahkini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena