Monday 18 August 2014

Terkini Bonus Bajet 2015: Mungkin 2 bulan bonus? Mungkin!…Realiti atau Fantasi?

Selasa, 19 Ogos 2014
bonus bajet 2015
Terkini Bonus Bajet 2015. Tuntutan Cuepacs 2 Bulan Bonus Untuk Kakitangan Awam : Sebelum itu, anda boleh semak (SEJARAH PEMBAYARAN BONUS BAJET DI SINI) antara tahun 1993 sehinggalah tahun 2013.

Dan….menjelang fasa bulan September 2014 yang merupakan anara tempoh penyediaan Bajet Malaysia seperti biasa, Cuepacs Malaysia tampil dengan tanggungjawab lazim bagi membela lebih 1.4 juta penjawat awam di Malaysia menjelang pembentangan Bajet 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2014 kelak menerusituntutan bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam.

Cuepacs Malaysia menerusi Presiden Azih Muda mempunyai alasan tersendiri mengapa kerajaan Malaysia mesti pertimbangkan dengan serius tuntutan bonus bajet 2014 untuk kakitangan awam. Antara lain alasan yang Cuepacs berikan ialah :

Terkini Bonus Bajet 2015 : Faktor Tuntutan Cuepacs 2 Bulan Bonus Untuk Kakitangan Awam?

  1. Ekonomi Malaysia dilihat semakin memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada lebih daripada 5% dan dilihat tidak menyusut dalam tempoh 6 bulan
  2. Pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan kalangan penjawat awam di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam memacu perkembangan pembangunan dan pengurusan negara
  3. Yang menarik Cuepacs Malaysia sendiri boleh menjangka momentum ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan terus meningkat yang mana jasa dan pencapaian ini dirasakannya banyak bertitik tolak kepada usaha kakitangan kerajaan itu sendiri
Walaubagaimanapun, dalam pada tuntutan bonus bajet 2015 ini Cuepacs Malaysia mungkin terlupa yang mana kerajaan Malaysia sedang dihimpit dengan 2 tragedi besar iaitu (isu MH370) dan (isu MH17). Tetapi, siapa tahu ada berita yang benar-benar mengembirakan untuk kakitangan awam pada kali ini. Mungkin 2 bulan bonus? Mungkin…?
 Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena