Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.
Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.
"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.
Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti." -TMI
Demikianlah harmonisnya selesai kemelut yang melanda Pakatan
Dengan keputusan Pakatan Rakyat tersebut, ini juga bererti kesemua 15 orang ADUN PAS di Selangor perlu memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor mengikuti jejak langkah dua orang YB PAS yang dituduh "pengkhianat" oleh sesetengah pihak sebelum ini. kesemua ADUN PAS wajib mematuhi keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mencalonkan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sbeelum ini dan kini setelah Azmin menarik diri, maka mereka perlu menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB dari Pakatan Rakyat.
Memang benar apa yang dinyatakan oleh YB Saari Sungip sebelum ini.
Saari berkata, mereka berdua (beliau dan YB Hasnul Baharuddin) berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".Dengan sokongan tersebut sekarang kedudukan Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah ialah 15 (DAP) + 15 (PKR) + 13 (PKR) = 43. Sedangkan di satu pihak lagi UMNO (12) + Bebas (1) = 13.
"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.
Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.
"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"
Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.
"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya
Semuga Pakatan Rakyat terus bertambah kukuh dengan episod ini.
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesungguhnya Allah tidak mensia-sia ornag yang telah banyak berbakti kepada parti meskipun masih ramai tidak mengetahui. Baca SINI.
0 comments:
Post a Comment