Showing posts with label tumbangkan Najib. Show all posts
Showing posts with label tumbangkan Najib. Show all posts

Tuesday, 23 May 2017

[Video Tumbangkan Najib Razak & BN] Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji.

Selasa, 23 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
TERKINI dari Bank Negara Malaysia !!!..
Economic and Financial Data for Malaysia
Last updated: 23 May 2017

ANDA fikir-fikirkanlah..
Pemimpin Umno kata tempohari.. "Negara punyai kerajaan bersih pada tahun 2050" #TN50

TETAPI PEMAKAN DEDAK BACKUP KATA...
"Biarlah mereka tu tipu atau merompak sekalipon, itu urusan dia dgn Tuhan, kita sbg rakyat wajib taat pemerintah"

Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
 Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
Rais (tengah) ketika sidang media di Pengkalan Datu di sini, hari ini.

KOTA BHARU - Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menandatangani petisyen untuk membebaskan musuhnya satu ketika dahulu merupakan satu tindakan yang harus dipuji bagi mencapai keadilan sejagat.

Veteren Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, apa yang dilakukan Dr Mahathir merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa sekatan.
“Kalau beliau fikir Anwar harus dipetisnyenkan dan diberi taraf baru selain dari dipenjarakan ini boleh dilakukan oleh sesiapa pun malah oleh keluarga Anwar sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku jejak Warisan Pembangunan dan Pembangunan Lembangan Sungai Pengkalan Datu Kelantan di Kota Pengkalan Datu Resort (Cerana Villa Resort) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Rais berkara, Dr Mahathir merupakan legasi terdahulu yang mempunyai pendirian tegap (tetap) tentang Anwar.
Namun mungkin kini beliau mahu melihat lembaran baharu dan perkara yang dilakukannya ini dapat dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang.
“Dulu lain, sekarang lain. Saya sukacita dengan tindakan beliau dan apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan untuk mencapai keputusan dan keadilan sebaiknya.
Semalam, Dr Mahathir menandatangi petisyen untuk membebaskan Anwar ketika menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 bersama isterinya di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.
SH.
Read More

Friday, 16 September 2016

[Video] HABIS Najib! Pesara tentera akan sertai pembangkang tumbangkan Najib/Umno/BN..."Hey Umno apa kamu buat haa, bukan besarkan tugu!"

Sabtu, 17 September 2016


Image result for Projek tugu

Bantu pendidikan anak tentera, tingkat pencen pesara, bukan besarkan tugu

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil
Pemuda Amanah Nasional menggesa kerajaan membatalkan projek Taman Tugu sebaliknya menyalurkan dana bagi membantu pendidikan anak tentera serta meningkatkan pencen golongan tersebut.
Timbalannya, Faiz Fadzil berkata, projek mencecah RM650 juta itu perlu diganti dengan memberikan bantuan pendidikan dan biasiswa kepada anak-anak tentera di semua peringkat pengajian.
"Langkah ini jika dilaksanakan pasti memberi banyak manfaat kepada tentera terutama yang telah bersara serta dapat menambah jumlah anak-anak tentera yang berpendidikan tinggi.
"Apa yang lebih penting sebagai menghargai pengorbanan pahlawan-pahlawan negara adalah membantu golongan tentera menikmati kehidupan yang lebih baik terutama pendidikan anak-anak mereka," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata, kos sebanyak itu seperti diumumkan Perdana Menteri, 5 September lalu juga boleh dimanfaatkan dengan meningkatkan pencen kepada lebih 100,000 pesara tentera bagi meringankan bebanan kehidupan yang semakin menghimpit pada masa ini.
"Nasib golongan tentera perlu terus dibela apatah lagi kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu.
"Tidak guna jika pemimpin Umno-BN terutama Khairy Jamaludin asyik melaungkan slogan membela Melayu, tetapi hakikatnya, kehidupan Melayu semakin terpinggir," tegasnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pembaziran kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak jelas gagal untuk mengurus kewangan negara dengan semakin menggila melalui projek menelan jumlah RM650 juta itu.
"Kos projek mega ini boleh bertambah jutaan ringgit lagi melalui arahan kerja-kerja variasi.
"Anggaran peruntukan projek ini yang melampau tingginya pasti memberi keuntungan kepada kontraktor yang dilantik berbanding rakyat bawahan," bidasnya.
Faiz berkata, kerajaan sehingga hari ini masih membisu untuk menjelaskan keuntungan projek tersebut kepada rakyat dalam keadaan kehidupan yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat GST dan korupsi.
"Projek mega ini sedikit pun tidak mampu meringankan beban yang ditanggung rakyat.
"Taman Tugu yang turut menempatkan Tugu Negara sudah mencukupi sebagai lambang peringatan pengorbanan pahlawan-pahlawan negara.
"Wang rakyat seharusnya dibelanjakan secara berhemah dan adil," tambahnya lagi.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena