Tuesday 23 May 2017

[Video Tumbangkan Najib Razak & BN] Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji.

Selasa, 23 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
TERKINI dari Bank Negara Malaysia !!!..
Economic and Financial Data for Malaysia
Last updated: 23 May 2017

ANDA fikir-fikirkanlah..
Pemimpin Umno kata tempohari.. "Negara punyai kerajaan bersih pada tahun 2050" #TN50

TETAPI PEMAKAN DEDAK BACKUP KATA...
"Biarlah mereka tu tipu atau merompak sekalipon, itu urusan dia dgn Tuhan, kita sbg rakyat wajib taat pemerintah"

Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
 Tindakan Dr M tandatangan petisyen harus dipuji
Rais (tengah) ketika sidang media di Pengkalan Datu di sini, hari ini.

KOTA BHARU - Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menandatangani petisyen untuk membebaskan musuhnya satu ketika dahulu merupakan satu tindakan yang harus dipuji bagi mencapai keadilan sejagat.

Veteren Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, apa yang dilakukan Dr Mahathir merupakan perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa sekatan.
“Kalau beliau fikir Anwar harus dipetisnyenkan dan diberi taraf baru selain dari dipenjarakan ini boleh dilakukan oleh sesiapa pun malah oleh keluarga Anwar sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku jejak Warisan Pembangunan dan Pembangunan Lembangan Sungai Pengkalan Datu Kelantan di Kota Pengkalan Datu Resort (Cerana Villa Resort) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Rais berkara, Dr Mahathir merupakan legasi terdahulu yang mempunyai pendirian tegap (tetap) tentang Anwar.
Namun mungkin kini beliau mahu melihat lembaran baharu dan perkara yang dilakukannya ini dapat dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang.
“Dulu lain, sekarang lain. Saya sukacita dengan tindakan beliau dan apa yang dilakukan itu adalah satu tindakan untuk mencapai keputusan dan keadilan sebaiknya.
Semalam, Dr Mahathir menandatangi petisyen untuk membebaskan Anwar ketika menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 bersama isterinya di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena