Sunday 21 May 2017

[Video Husam syorkan lawan di Putrajaya, apa kata Mahathir?] Husam cadang Mahathir calon PM.

Ahad, 21 Mac 2017

Husam cadang Mahathir calon PM

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa merayu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau yang menggelar Tun sebagai "re-born Mahathir" berharap semua pihak mengambil kira mengenai kesungguhan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia.
"Beliau bukan lagi Mahathir yang dulu tetapi seorang yang baru dan sanggup bersama rakyat untuk selamatkan Malaysia dari dirosakkan Datuk Seri Najib dan Umno," katanya di majlis forum sempena program Temu mata dan dialog anak kelantan di perantauan di pusat bandar Melawati, hari ini.
Tekun mengikuti ucapan...Tekun mengikuti ucapan...
Bagi mendapat keyakinan rakyat katanya, seorang tokoh yang berpengalaman dan jelas diterima perlu dikemukakan supaya tiada sebarang pertikaian.
"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara dan jika sesiapa pun dinamakan sebagai calon akan ada pihak yang tidak puas hati.
"Alasan bahawa tokoh baru sukar diterima semua dan tiada pengalaman boleh menyebabkan hasrat rakyat mendapat kerajaan baru tidak kesampaian," katanya.
Walaupun sedar ada pihak yang terus menerus mengungkit sejarah lama Mahathir, beliau berkata perkara itu boleh diperbetulkan.
"Macam orang Pas yang terus mengecam Tun seperti mengeksploitasi komen beliau mengenai perbezaan pendapat beliau dengan arwah Tok Guru Nik Aziz, ini semua boleh diperbaiki.
"Beliau cuma bawa cerita lama dan bukan fitnah Tok Guru.
"Perkara macam ni boleh dibetulkan dan Insya-Allah saya akan bertemu beliau minta berhati-hati bila komen hal Tok Guru kerana orang Pas akan jadikan fitnah," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa terkejut berkenaan tuduhan Pas Kelantan yang membawa cerita kononnya Amanah Kelantan membayar RM350 kepada mereka yang menyertai parti itu.
"Perkara ini terang-terang satu fitnah dan saya menafikan perkara ini berlaku.
"Sehingga ini Amanah terutama di Kelantan amat terhad dari segi kewangan malah untuk bayar perkara asas seperti sewa pejabat dan gaji petugas tetap pun terpaksa kutip derma.
"Saya percaya orang ramai khasnya mereka yang telah menyertai Amanah tentu boleh memberi penjelasan sendiri perkara ini," katanya.
Menurutnya Amanah dalam usaha berkempen dan amat memerlukan sumbangan kewangan.
"Kalau ada wang kita boleh menyediakan kemudahan terkini seperti "LED truck".
"Memang kita berharap mereka yang mampu terus menerus menderma kepada parti kita bersama ini," katanya.
Anak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada Husam
Anak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada Husam

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena