Monday 29 May 2017

[Video Pesanan Terbaru 2017 dari Tun Mahathir untuk rakyat Malaysia] 'Jangan samakan saya dengan Najib'.

Isnin, 29 Mei 2017



'Jangan samakan saya dengan Najib'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibandingkan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak.
"Jangan bandingkan saya dengan Najib. Saya membenarkan banyak perkara untuk dilaksanakan walaupun terdapat orang yang mencabar saya dalam parti saya.
"Najib memecat orang. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, akan diusir," kata Dr Mahathir dalam satu temubual bersama Financial Times.
Dr Mahathir berkata demikian selepas wartawan Financial Times yang menemubualnya cuba memberitahu bahawa beliau melakukan perkara sama ketika menjadi perdana menteri.
Dakwaan itu dinafikan Dr Mahathir.
Dr Mahathir yang merupakan pengkritik paling lantang Najib turut memberitahu bahawa beliau tidak mencuri wang negara dan berpuas hati dengan gajinya semasa menjadi perdana menteri.
"Saya gembira hidup dengan gaji saya yang mana bagi saya agak besar, lebih daripada cukup untuk keperluan saya," katanya.
Matlamat yang sama
Selain itu, perdana menteri keempat Malaysia itu juga berkata, ketika meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, negara ini dalam keadaan baik dan sedang menuju sebuah negara maju menjelang 2020.
"Sudah tentu, mereka (penggantinya) tidak dapat mencapai matlamat itu," kata Dr Mahathir lagi.
Perdana menteri didakwa terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dengan wang RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke akaun peribadinya.
Bagaimanapun, perdana menteri secara konsisten menafikan dakwaan berkenaan.
Dr Mahathir yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi pengkritik pentadbiran Najib sejak 2015.
Dalam usaha untuk menjatuhkan perdana menteri, Dr Mahathir juga mula bekerjasama dengan bekas musuh politiknya dengan menyertai pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Apa yang berlaku pada masa lalu bukan lagi menjadi satu masalah.
"Saya bersedia untuk bekerja dengan mereka dan mereka juga bersedia untuk bekerja dengan saya kerana kita mempunyai matlamat yang sama - menumbangkan kerajaan," kata Dr Mahathir lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena