Wednesday, 31 May 2017

[Video Dr Asri - Allah bersama Pemimpin Yang Adil, Sekalipun Dia Kafir?] Gambar Sivarasa diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik? Sivarasa akan menulis surat penjelasan kepada Sultan Selangor.

Rabu, 31 Mei 2017


Image result for Gambar sivarasa
Betul ke Ahli Parlimen Subang Sivarasa beri tazkirah dalam masjid?

Gambar Sivarasa memberi ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan telah diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik, kononnya Ahli Parlimen Subang itu menyampaikan tazkirah di dalam masjid tersebut.
KECOH di media sosial cerita kononnya Ahli Parlimen Subang YB Sivarasa Rasiah menyampaikan tazkirah di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.
Gambar Sivarasa yang memakai baju Melayu sambil memegang mikrofon seolah-olah sedang memberi ceramah di dalam masjid disebarkan oleh cybertrooper BN (Barang Naik).

Rupa-rupanya, Sivarasa bukannya memberi ceramah politik apatah lagi nak beri tazkirah (apa kejadah dia nak beri tazkirah?) sebaliknya beliau sekadar memberi sedikit ucapan ringkas kerana menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM71,000 kepada masjid-masjid berkenaan.

Majlis itu sebenarnya dianjur dan disempurnakan oleh saudara Radzlan Jalaluddin dari Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Kota Damansara. 

Sivarasa akan menulis surat penjelasan kepada Sultan Selangor

KENYATAAN

Saya baru menerima kenyataan media oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berhubung laporan berita tentang kehadirannya di masjid An Nur yang telah menjadi isu. Untuk adil saya menyiarkan sepenuhnya kenyataan ahli Parlimen berkenaan yang di sepanjang perhatian saya beliau merupakan seorang berkarektor yang baik dan bertanggungjawab.

Perbahasannya di dalam parlimen menggambarkan beliau seorang wakil rakyat yang bersopan santun dan sangat menghormati peraturan-peraturan Dewan dan mengekalkan dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang yang profesional.

Berikut adalah kenyataan media beliau yang dihantar menerusi email saya:



KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN LAPORAN BERITA TIDAK TEPAT TENTANG KEHADIRAN SAYA DI MASJID AN NUR

Saya ingin membetulkan beberapa laporan media yang telah memberi gambaran tidak tepat saya, pada hari Rabu yang lalu, telah memberi ceramah politik di Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang. Ada juga yang lapurkan secara tidak betul bahawa saya hadir sebagai wakil Menteri Besar Selangor.

Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu di Masjid An Nur. Perkara ini telah disalahertikan.

Malah saya tidak hadir sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dikatakan dalam beberapa laporan media. Saya juga tidak pada bila-bila masa pun diminta untuk mewakili beliau untuk majlis tersebut.

Majlis yang saya hadiri itu adalah majlis pemberian sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di kawasan DUN Kota Damansara yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Damasara, En Radzlan Jalaludin. Saya hadir selepas dimaklumkan berkenaan majlis penyampaian sumbangan itu.

Penganjur tidak bila-bila pun menjadualkan saya untuk memberi apa-apa ceramah dalam majlis itu. Walaubagaimanapun, sebelum dijemput menyampaikan sumbangan bersama dengan Penyelaras DUN En Radzlan Jalaludin, saya dijemput oleh pengara majlis untuk memberi sepatah dua kata kepada lebih kurang 70 wakil-wakil surau-surau dan masjid-masjid yang akan menerima sumbangan Ramadan. En Radzlan juga telah memberi ucapan ringkas sebelum saya.

Sebagai tetamu yang dijemput memberi sepatah dua kata, tidak elok kalau saya menolak.

Justeru, saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam ramadan kareem kepada para hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan negeri Selangor untuk terus bimbing institusi surau-surau dan masjid-masjid di Selangor. Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai Ahli Parlimen berkenaan lawatan-lawatan saya ke surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Subang dan macam mana lawatan tersebut telah membantu saya mendalami fahaman saya berkenaan Islam dan masyarakat Islam.

Tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu.

Sumbangan yang diberikan malam itu berjumlah RM 71,000 yang diagihkan RM 1,000 setiap surau dan RM 1,500 setiap masjid

Saya hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. Bagi saya adalah wajar untuk seorang wakil rakyat untuk memberi sokongan penuh kepada institusi agama Islam di kawasan saya.

Itu sahaja yang berlaku.

Oleh kerana isu ini telah disalaherti, dan kerana saya tidak mempunyai sebarang niat pun untuk melanggar arahan dan nasihat DYMM Tuanku Sultan Selangor, maka saya juga akan menulis sepucuk surat peribadi kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan tentang perkara ini.

Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
31 Mei 2017 [wm.kl.6:34 0m 31/05/17]

Posted by mohd sayuti Omar

2 comments:

Saadun Sulaiman said...

Mengapakah diawal Ramadan ini saya perhati kan mereka yang mengaku Islam kerap mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah? Tahu kah mereka bahawa bukan semua yang mengaku "ISLAM" itu mukmin. Kebanyakan orang Melayu yang konon nya Islam lupa bahawa kebanyakaan mereka itu sebenar nya Islam Baka, dek kerana itu lah maka Roh Islam tidak ada di dalam kiwa mereka. Di bulan yang mulia ini elok lah di hentikan perbuatan adu domba. Buat lah pahala banyak banyak dan bukan mencipta dosa. Kepada mereka yang memutar belit cerita Y.B Sivarasah elok lah di fikir kan hari pembalasan dan jangan mengharapkan "DEDAK". Mahkamah ALLAH ada lah sebuah mahkamah yang MAHA adil.

azhar rangkuti said...

Barangkali mereka memilih untuk menjadi MUFLIS di akhirat

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena