Thursday 25 May 2017

[Video Dato Sazmi Miah - PAS Bawa Bas Bukan Ke Putrajaya Tapi Ke Pekan Pahang] Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya.

Khamis, 25 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Anugerah pingat tertinggi Saudi: 'Jasa' di dunia Islam.

Bush: Bom Iraq, Afghanistan
Obama: Bom Libya, Pakistan
Trump: Bom Syria, Yaman

Najib: ...apakah jasanya?

Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika tiba pada Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS) di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Ahad lalu. Foto Bernama
Presiden Amanah Mohamad Sabu berharap Pakatan Harapan dapat mengembalikan peranan Malaysia sebagai negara berkecuali dan meletakkan Malaysia kepada pendamai antarabangsa, bukan memihak kepada negara-negara dalam pertikaian.
Beliau berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengheret Malaysia kepada satu blok Saudi dan Amerika sekali gus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara memihak.
"Maka Malaysia tidak lagi dapat memainkan peranan dalam konflik di Iraq, Syria, Yaman bahkan di Palestin sendiri kerana sikap memihak kepada Amerika dan Saudi itu," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau juga, di Asia Tenggara pula sedang berlaku perebutan kuasa perairan terutama sekali antara China dan Amerika Syarikat.
"Malaysia yang telah menjadi sebuah negara memihak kepada Amerika, meletakkan negara dalam kancah tidak baik untuk memberi pandangan berkecuali.
"Najib telah membawa negara ke satu blok yang pada jangka panjang akan mengundang bahaya kepada Malaysia dan rakyat seluruhnya," katanya.
Najib pada Ahad lalu menyertai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan lebih 50 pemimpin Islam untuk sidang kemuncak di Riyadh bertujuan menentang extremisme dan terrorisme global.
Mohamad berkata, selama ini nama Malaysia begitu harum di peringkat antarabangsa apabila Allahyarham Tun Abdul Razak dengan dasar berkecuali melalui The Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) menyebabkan pengkalan tentera asing meninggalkan malaysia termasuklah The Royal Australian Air Force (RAAF) meninggalkan Malaysia.
"Malaysia kemudian menjadi sebuah negara aman dengan sikap berkecuali dan memainkan peranan di peringkat ASEAN dalam usaha perdamaian sama ada di Filipina, Thailand mahupun Aceh untuk menyelesaikan konflik," jelasnya.
Tun Mahathir Mohamad pula kata beliau, memperjuangkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM dan Malaysia terus harum di peringkat antarabangsa.
"Selama tiga penggal saya menjadi ahli Parlimen pembangkang, ada perkara saya bangga di antaranya peranan dimainkan oleh Malaysia dalam konflik di Bosnia.
" Malaysia juga begitu terkenal di peringkat OIC dan pandangan Malaysia amat dihormati. Malaysia memberi pandangan penyelesaian dalam pertikaian mana-mana negara seperti Iran-Iraq dengan perperangan lebih lapan tahun," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena