Tuesday 23 May 2017

[Video Jika Benci Rasuah, Undi PH Dalam PRU14 Nanti!] Time: Populariti Najib lebih teruk dari Trump.

Selasa, 23 Mei 2017

Foto Ameno World.
Ingatkan Donald Trump yg paling dibenci ramai kerana sikapnya yg anti Islam dan bangsa lain.. rupanya Najib lg teruk ketana sikap perdagang ugama dgn lebai dan kaki klepet.. huhu

Sila jangan ketawa.. Jika donald trump hanya mendapat 40% populariti di amerika, najib razak pulak hanya mendapat 20% jer populariti di malaysia.. PM paling tak popular...
Najib disenaraikan bersama pemimpin dunia lain dari Venezuela, Brazil, Afrika Selatan dan Greece.

Time: Populariti Najib lebih teruk dari Trump


Di mata media Amerika Syarikat, presiden mereka Donald Trump bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat.
Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York, ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.
Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno - parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad - kukuh berada dalam genggamannya.
“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.
“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.
Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.
“Dia didukung oleh peguam negara Malaysia, yang melaporkan wang itu sebagai derma yang sah dan “kebanyakannya” dipulangkan kembali.
“Justeru tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah,” lapor Time lagi.
Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena