Thursday 18 May 2017

[Video Najib Guna 1 Juta Duit 1MDB, Bayar Kepada Cybertrooper Umno] Mat Terlebih Over? 'Pada saya yang paling bersalah adalah Moderator' (Rosyam Nor) - Afdlin Shauki

Khamis, 18 Mei 2017


PUTRAJAYA - Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan insiden yang berlaku di antara David Teo dengan Mat Over semalam. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan masing-masing memberikan pandangan dan pendapat di media sosial. Namun, ada juga beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan walaupun kedua-dua pihak sudah berdamai pada malam kejadian. 

Bagi pelakon, pelawak dan juga penerbit, Afdlin Shauki, secara peribadinya berpendapat yang patut dipersalahkan adalah moderator program berkenaan yang dikatakan tidak mampu mengawal keadaan itu dengan baik. 

"Pada saya, yang paling bersalah adalah Moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Selepas itu, satu Malaysia dengar audio dia berkata pada Perdana Menteri,
Dia ni memang kurang ajar Datuk Seri

"Apa tujuan memburuk-burukan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri? 

"YAB Perdana Menteri kita relaks saja, under control. Berapa banyak bodyguard dan SB yang ada untuk mengawal keadaan. Sudahlah memang orang kurang hormat pada orang dalam industri ini, kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan," tulis Afdlin di Facebooknya tiga jam yang lalu. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi meminta semua pihak tidak perlu memperbesarkan lagi isu itu kerana perkara itu telah diselesaikan pada malam kejadian. 

Dalam kenyataannya kepada Free Malaysia Today, Zed Zaidi juga menafikan Mat Over dan David Teo dipaksa 'berdamai', sebaliknya mereka berdua melakukannya berdasarkan hati terbuka dan berlapang dada. - The Reporter


Posted by Jeebond BLM


Image result for Foto Mat Over berbaju Umno

Mat Terlebih Over


Hahaha... aper lah nak dihairan sangat... spesis UMNO atau PAS versi Terengganu memang lah perasan hebat.. perasan samseng... perasan hero.... 
Sebijik sebuntat dah perangai samseng taik kucing mereka.... hahaha

Yang sekor tunjuk samseng depan Najib Razak... yang sekandang pulak tunjuk samseng depan Abdul Hadi Awang...

Hahaha... itu jer la tahap kemampuan mereka... hahaha

Cuma at least Mat Over berani la sikit (ader telor la) serang sorang-sorang dia jer berbanding samseng Masjid Rusila yang berjamaah beramai-ramai tunjuk samseng satu masa dulu....

Hahaha...

Elok la pun bos depa dah sekufu sekarang ni bersedondon pakai baju warna pink.... hahaha

cipantapirtenuk.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena