Monday 15 May 2017

[Video Tun M - Hapuskan Kleptokrat, Martabatkan Rakyat] Pas berbaik dengan Najib bukan mahu Selamatkan Malaysia

Isnin, 15 Mei 2017

Pas berbaik dengan Najib bukan mahu Selamatkan Malaysia

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan sikap Pas mutakhir ini yang berbaik dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bukannya untuk menyelamatkan Malaysia.
"Parti lama saya (Pas) nak berbaik dengan Najib bukan untuk selamatkan Malaysia tapi selamatkan Najib," bidasnya.
Beliau juga menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini tentang dua pilihan untuk rakyat sama ada mengundi Umno atau Pas sebagai sudah membawa maksud kerjasama.
"Undi Umno atau undi Pas. Eh, ini sudah kerjasama. Untuk apa? Untuk selamatkan orang yang melingkupkan Malaysia," tegasnya dalam pidato Selamatkan Malaysia di Lembah Pantai malam tadi.
Mengimbas kejayaan blok pembangkang memenangi lima negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, bekas pemimpin Pas itu berkata, rekod tersebut tercapai atas faktor muafakat politik.
"Bila kita ada pakatan politik pada 2008 - Pas, PKR, DAP dan NGO - rakyat memberi kepercayaan. Kita kuat bukan kerana bersendirian.
"Sekarang ini, Pas bersendirian, paling kuat (menang) dua (negeri) - Terengganu dan Kelantan," ujarnya.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu turut menceritakan kembali tindakannya melepaskan jawatan lantikan kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran keputusan muktamar Pas 2015 yang memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.
"Saya letak jawatan waktu itu juga kerana Pas berada dalam kerajaan Pulau Pinang. Bila kita berpisah, secara moral, saya umum letak jawatan segera dalam Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang.
"Ini (Pas) umum berpisah dengan DAP, Amanah, PKR, Bersatu tapi duduk lagi dalam kerajaan. Apa jenis manusia saya tidak faham," tempelaknya.
Sehubungan itu, Mat Sabu menganggap rakyat Malaysia sebagai manusia yang menghairankan di dunia jika masih memberi kemenangan kepada BN ketika perkembangan politik mutakhir jauh berbeza berbanding sebelum ini.
"Dalam politik kita tidak kekal kawan, tidak kekal musuh. Hari ini dengan Tun Mahathir berceramah hampir setiap malam.
"Kalau orang ramai tidak menyambut ini semua, kita menjadi manusia yang pelik dalam dunia," tegas bekas ahli Parlimen selama tiga penggal itu lagi.
Turut hadir dalam program di Dewan Serbaguna Gasing Indah itu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena