Wednesday 17 May 2017

[Video Tun M - "Gembira Balik Parlimen Kubang Pasu" BERGEGARRR Dgn Lautan Manusia] PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta-merta! "Tahniah PKR. Inilah yg dikatakan politik MATANG".

Rabu, 17 Mei 2017

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH telah menambah 4 foto baru
21 jam
TERKINI: Lautan manusia memenuhi tapak ceramah Jelajah Semarak bersama Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz di Parlimen KUBANG PASU.
#GegarKedah
Foto Mukhriz Mahathir FC.
Gambar dari udara ketika Jelajah SEMARAK 3M berlangsung di Jitra, Kedah malam tadi.

Lebih 7 ribu orang mai.. Alhamdulillah. Sama2 kita membuat perubahan!

#HarapanKedah

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta

PKR membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.
Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Sementara itu, beliau memaklumkan, kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kembali daripada lawatan kerja di luar negara.
"Kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan PKR bersama Datuk Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara," katanya.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Sejak perkara itu diputuskan, Azmin belum memberi sebarang kenyataan tentang nasib tiga Exco Pas yang berada dalam barisan Kabinet Negeri Selangor.
Isnin lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka meletak jawatan oleh Azmin.
Selain itu, Wan Azizah berkata, meskipun PKR menerima keputusan Pas membatalkan kerjasama politik tetapi PKR menolak alasan-alasan yang diberikan Pas.
"PKR menerima keputusan Pas yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan.
"Ini walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti," katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.
Justeru, katanya, PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendukung agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena