KANTOI FITNAH di bulan Ramadhan..
Inilah yg dimainkan oleh puak2 kaki fitnah pro Ameno & sekutu dgnnya demi menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang tidak kira bulan apa sekalipun.
Ketua Polis Timur Laut, ACP Annuar Omar dilaporkan berkata pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Danny Law Heng Kiang dalam laporan polis yang dibuat olehnya memberitahu bahawa beliau langsung tidak mengetahui tentang program tersebut.
Sebelum itu sebuah hotel di Bukit Feringgi juga telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatannya selepas nama hotel itu tersiar dalam poster promosi pesta tidak senonoh tersebut. — Bernama
‘Buku rasis Annuar Musa’ bakal berdepan tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap buku rasis yang dilancarkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam.
Buku bertajuk ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’ itu memuatkan 16 rencana hasil pertandingan penulisan memburuk-burukkan DAP anjuran bekas menteri UMNO itu.
Menurut Kit Siang, beliau belum lagi mendapatkan naskhah tersebut dan teruja untuk membacanya.
“Adakah Annuar sanggup untuk bertanggungjawab terhadap pertandingan menulis rencana ‘Lim Kit Siang seorang rasis’ dan semua rencana yang memenangi pertandingan itu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Gelang Patah itu melahirkan rasa hairan bagaimana Annuar boleh melancarkan buku tersebut.
“Adakah pemimpin UMNO kebal dari undang-undang?
“Saya dimaklumkan buku itu melanggar peraturan kerana tidak meletakkan nama penerbit dan pencetak sebagaimana dikehendaki oleh Akta Mesin Cetak 1984,” ujar beliau.
Seperti dilapor media, pemenang utama pertandingan menulis rencana memburuk-burukkan DAP dan Lim Kit Siang itu menerima hadiah RM10,000 manakala 25 pemenang yang terpilih menerima hadiah berjumlah RM50,000. -Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment