Monday 22 May 2017

[Video Gambar Najib Razak Dikoyak Ahli Umno Sendiri] ‘Tsunami Bumiputera’ bakal tenggelamkan UMNO Sabah...Semasa Majlis Ramah Mesra "Kerusi tidak cukup bah!"

Isnin, 22 Mei 2017

‘Tsunami Bumiputera’ bakal tenggelamkan UMNO Sabah



SANDAKAN, 21 MEI: Kerusi tidak cukup. Itu situasi yang berlaku dalam Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sandakan di PPRT Taman Harmoni, Batu 3 dekat sini malam tadi.
Pada mulanya, pihak penganjur, DAP Sandakan mensasarkan kehadiran 300 penduduk dengan menyediakan bilangan kerusi mengikut jumlah tersebut.
Namun, lain pula terjadi apabila majlis itu dihadiri lebih 800 orang yang rata-ratanya bumiputera beragama Islam.
Sambutan hangat seperti ini kata Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt, amat mengujakan kerana belum pernah situasi sedemikian berlaku.
“Saya tak sangka dan terkejut dengan kehadiran memberangsangkan penduduk di sini. Keadaan ini amat menggalakkan dan positif. 
“Ini menunjukkan rakyat mahu perubahan. Mereka sudah bosan dengan janji-janji pemimpin BN.
“Dengan semangat dan gaya yang ditunjukkan, saya dapat rasakan gelombang  ‘Tsunami Bumiputera’ sedang melanda Sabah!” katanya kepada Roketkini.
Dalam ucapannya, Stephen yang juga Pengerusi DAP Sabah berkata pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang sering melanda penduduk di kawasan tersebut.
Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi, isu pemilikan rumah dan masalah ekonomi negara.
“Banyak isu-isu tempatan yang kita suarakan. Ramai yang tidak berpuas hati terhadap kos sara hidup yang makin meningkat.
“Misalnya di sini, kadar sewa rumah tinggi dan penduduk mahu supaya mereka boleh mendapatkan rumah dengan cara sewa beli,” kata beliau.
Menurut beliau, pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah sewa beli rumah sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Majlis itu turut dihadiri oleh Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong; Naib Pengerusi ke-2 PKR Zon 5 Sandakan, Mustafa Talib; Pengerusi AMANAH Sabah, Haji Hamzah Abdullah; Aktivis dan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad dan kepimpinan DAP Sandakan. -Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena