Friday 19 May 2017

[Video PRU14, Kuburkan UMNO Dengan Penongkatnya Sekali] Pakatan mampu ke Putrajaya tanpa Pas & Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai.

Sabtu, 20 Mei 2017

Pakatan Harapan mampu ke Putrajaya tanpa Pas

 | MALAYSIA DATELINE
Dr Rosli Yaakob
Dr Rosli Yaakob
Dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina dan dengan memecahkan monopoli Umno di kawasan Felda, kebarangkalian Pakatan Harapan merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.
Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang, bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu, kata penganalisis ekonomi dan politik, Dr Rosli Yaakob.
Beliau menjelaskan, daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1).
Ini bermakna PR mendapat sokongan kuat di parlimen campuran dengan memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%.
"Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu.
"Malahan jika berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas," ujar bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.
Menurut beliau,semua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi) dan parti itu dijangka mengekalkan kemenangan total itu dalam PRU14 memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah.

Sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas juga, jelas beliau mendorong pengundi Cina memilih DAP berbanding MCA atau Gerakan.
"Jadi hakikatnya, PH pun ada 'simpanan tetap' – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan Felda," ujarnya.
Menurut Dr Rosli, di Semenanjung Tanah Melayu Umno-BN menang tipis dengan 85 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (80 kerusi).
"Dalam PRU13, Sabah dan Sarawak penyelamat Umno. Merekalah sesungguhnya 'king maker'. Manfaatnya, cukup banyak pos-pos kabinet yang ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak perolehi," jelas beliau.
Namun beliau yakin Sabah bukan lagi simpanan tetap BN memandangkan Parti Warisan Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie Afdhal mampu melakukan kejutan.
Sentimen anti-Semenanjung di Sabah dan laungan “Sabah untuk Orang Sabah” katanya, menyebabkan status Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai.
Ikuti analisis lanjut beliau di ruangan Rencana.

1 comments:

Unknown said...

Dari amatan gue, Dr Rosli hanya memberi bacaan akan kedudukkan kecenderongan pengundi berdasarkan
1. PRU yg lalu dan
2. perkembangan di Sabah.

Mendasarkan kecenderongan pada capaian PRU yg lalu ada baik dan ada juga kelemahannya. Antaranya sejak PRU yg lalu, rakyat, media arus perdana, 'tongkat' parti agama dan jentera kerajaan diasak dgn berbagai 'dedak', dari yg tahap mega (juta jutaan) ke tahap 'picisan' seperti BRIM telah mewarnai suasana politik negara. Ini selain 'kemenangan' bergaya di Sarawak.

'Pergolakkan' di Sabah bagaimanapun memberi sedikit 'sinar' dlm kemurungan yg meliputi. Kesan 'faktor' Afdal di Sabah jauh melebihi capaian 'faktor' Mahyuddin di Malaya... gantungan pada 'wenangan' Mahathir dan Rafizi juga agak terhad pd sebahagian pengundi 'bermaklumat' dikalangan pengundi bandar/muda. Sebahagian besar pengundi masih kurang kepedulian pd isu2 seperti 1MDB, SRC International, Tabung Amanah Pencen dan sebagainya.

Satu faktor utama yg langsung tidak di sentuh Dr Rosli, ialah tempoh masa yg sangat suntok. Jentera 'pilihanraya' Amanah/PKR/Pribumi sebaiknya digerakkan ke tahap 'war footing' sejak lama dulu. Kejayaan 'faktor' Afdal selayaknya di kaji dengan isu2 dan sentimen tempatan yg di tonjoikan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena