Sunday, 28 May 2017

[Video Guan Eng dihalang hadir majlis buka puasa, apa kata NGO?] Cenbet - Tak wajar halang Guan Eng.

Ahad, 28 Mei 2017

NGO: Tak wajar halang Guan Eng hadir majlis buka puasa


Adalah tidak wajar untuk meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar tidak menghadiri acara berbuka puasa, kata kumpukan pemikir Centre for a Better Tomorrow (Cenbet).
Menyertai sambutan dari pelbagai latar belakang kaum dan agama yang berbeza adalah tradisi dalam masyarakat majmuk di Malaysia, kata Ahli Jawatankuasa Cenbet, Derek Low.
"Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang perlu digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perayaan kaum lain untuk meningkatkan kefahaman antara kaum.
"Ini adalah penting pada ketika ketegangan yang memuncak di kalangan mereka yang berlatar belakang yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Jaringan Muslimin Pulau Pinang pada Jumaat lepas mengadakan demonstrasi mendakwa Lim sebagai "anti-Islam" dan menggesa beliau tidak menghadiri majlis berbuka puasa sehingga beliau memeluk Islam.
Malaysiakini.

1 comments:

Dr said...

pemikiran Islam yg sempit.... menyebabkan Agama Islam itu sendiri terfitnah.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena