Tuesday 16 May 2017

[Video Pas Gila Kerusi?] PKR akan bermesyuarat menentukan nasib 3 exco Pas Selangor.

Selasa, 16 Mei 2017

PKR akan bermesyuarat menentukan nasib 3 exco Pas Selangor

PKR akan bermesyuarat membincangkan kedudukan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili Pas dalam Mesyuarat Biro Politik parti itu  yang dijangka akan diadakan malam ini.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah walaupun beliau tidak menyatakan terperinci butiran perbincangan itu namun antara lain akan dibincangkan adalah mengenai kedudukan tiga exco Pas.
"Perkara tersebut akan dibincangkan malam ini dalam mesyuarat biro politik," kata Saifuddin  ketika ditanya dalam sidang media yang diadakan oleh Majlis Sekretariat Pakatan Harapan  di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Apabila ditanya jika Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR akan menghadiri mesyuarat terbabit, Saifuddin tidak dapat memastikan perkara tersebut.
Ini kerana Azmin kini sedang berada di luar negara mengadakan lawatan kerjanya.
Pada 11 Mei Majlis Syura Ulama Pas sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Sejak perkara itu diputuskan, Azmin belum memberi sebarang kenyataan tentang nasib tiga Exco Pas yang berada dalam barisan Kabinet negeri Selangor.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka meletak jawatan oleh Menteri Besar Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena