Lepas Proton apa lagi yang nak dijual? soal Mahathir
Keputusan syarikat DRB -Hicom menjual ekuti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China Kumpulan Geely Holding menyebabkan Proton tidak lagi menjadi kereta nasional, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, kereta keluaran Proton yang selama ini menjadi kereta kebanggaan rakyat dan icon negara akan menjadi sebuah kereta asing dengan termeterainya persetujuan Perjanjian Definitif pada Julai 2017 nanti.
"Sudah jual proton kepada orang asing.
"Ia akan menjadi kereta asing dan kita kehilangan satu daripada ikon negara
"Yang sedihnya kereta nasional milik kita tidak lagi jadi kereta nasional kita.
"Apabila kita membeli kereta proton di masa depan kita sebenarnya membeli kereta asing kerana kereta nasional kita sudah dijual.
"Harus kita bertanya apa lagi yang kita nak jual?," ujarnya ketika berucap pada Siri Jelajah Semarak yang diadakan di padang Kelab
Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Semalam dalam satu kenyataan Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, pemeteraian perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan oleh Dr Mahathir pada 1983 ketika beliau menjadi perdana menteri.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, setelah 30 tahun Proton menjadi pengeluar kereta tempatan, sudah banyak mengalami perubahan dalam model-model terkini keluarannya.
"Hakikatnya tidak ada negara membangun dalam dunia mampu mengeluarkan kereta sendiri.
"Dalam jangka masa 30 tahun rakyat yang dulu hanya tahu pandu kereta sudah belajar macam mana membuat kereta sendiri. Mereka belajar dalam jangka masa pendek kerana negara lain ambil masa 50 hingga 100 tahun untuk mengeluarkan sebuah kereta.
"Walaupun ramai yang kritik kerana proton keluarkan kereta kurang bermutu tinggi.Itu cerita lama... tidak ada satu industri yang kekal ke tahap itu sahaja sehingga tidak boleh dimajukan lagi.
"Ialah kita tekan butang tak naik sekarang pergilah dekat butang itu, 10 kali tekan 10 kali naik butang.
"Ia memang ada kelehaman tetapi sudah diatasi tidak perlu ke negara China untuk mendapatkan teknologi untuk membuat kereta seperti Proton.
"Kalau nak beli cubalah Saga, Persona dan Perdana ..tiga buah kereta yang dijual serentak dalam satu tahun.
"Dahulu satu model dikelurkan dalam tempoh tiga tahun tetapi kali ini kita mampu mengeluarkan tiga model dalam satu tahun," ujarnya.
Turut hadir dalam siri jelajah Semarak malam tadi Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun juga turut di hadiri dikalangan pemimpin negeri dan bahagian serta lebih kurang 3,000 penykong parti itu.
0 comments:
Post a Comment