Friday 19 May 2017

[Video Kor Ming - Wahai Pengerusi SPR, Mewujudkan Pengundi Hantu lslam Haramkan! Pokok benang sutera bernilai RM180,000 MATI di Kuala Nerus.

Sabtu, 20 Mei 2017
Foto Otai BERSIH.
Pokok Hiasan Import 180,000 Di Kuala Terengganu Dilaporkan Mati.

sozcyili.blogspot.my
Sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang dibeli daripada Brazil baru-baru ini untuk ditempatkan di Bandar Baru Kuala Nerus di Terengganu dilaporkan telah mati, lapor Berita Harian.

Memetik laporan berita dari akhbar tersebut, pokok yang nama saintifiknya Ceiba Chodatii mati kerana faktor cuaca, tanah dan baja.

"Amat sayang sekali kerana pokok berkenaan sudah mati, ianya tidak dapat dielakkan kerana faktor cuaca."

"Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia adalah panas, namun ada beberapa perbezaan ketara untuk pokok berkenaan ditanam di sini," jelas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur; Kemudahan Awam;. Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Hijau Rosli Othman kepada akhbar itu.

Beliau juga memberitahu terdapat rancangan untuk menggantikan pokok berkenaan.




Beberapa bulan lalu, pembelian pokok berkenaan menjadi kontroversi selepas pembangkang telah mempersoalkan perbelanjaan untuk mendapatkan pokok berkenaan daripada Brazil.

Bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan bahawa pokok berkenaan dibeli adalah tidak datang daripada peruntukan awam.

Pengarah JKR Terengganu Ab Hamid Md Daud berkata pembelian pokok-pokok telah ditanggung oleh kontraktor utama projek ini dan tidak termasuk dalam skop projek. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena