Sunday, 21 May 2017

[Video Dr M ketuai BERSATU tandatangan petisyen bebas Anwar] Pantun 'lebai malang' buat PAS.

Ahad, 21 Mei 2017


Pantun 'lebai malang' buat PAS

PARA perwakilan yang hadir sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-12 Parti Keadilan Rakyat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria


SHAH ALAM: Perwakilan dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini, menyindir PAS sebagai 'lebai malang' dan gilakan harta menerusi pantun. 

Setiausaha Pengelola AMK, Shukri Razab, sempat membacakan tiga rangkap pantun yang dipercayai ditujukan khas kepada PAS biarpun tidak menyebut langsung nama parti itu sebelum mengakhiri ucapannya. 

Tiga rangkap pantun itu adalah; 

Adat Melayu bahu membahu, 
Susah senang sama ditopang; 
Cerai mahu putus pun mahu, 
Tetapi jawatan tetap disayang. 

Disangka mahal rupanya murah, 
Bila dijual tiada harga; 
Apalah di kisah pada maruah, 
Wang dan harta mengelap mata.

Sudah senja pak Haji tidak pulang, 
Rupanya tersesat di tengah hutan; 
Usahlah dilayan si lebai malang, 
Kini masanya perkukuhkan pakatan. 

Ungkapan pantun Shukri menerima sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-12 di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini. 

Ketika ini, tiga Exco PAS yang masih berkhidmat di bawah pentadbiran pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah Datuk Iskandar Abdul Samad memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar. 

Selain itu, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi manakala Zaidy Abdul Talib, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena