Tuesday 16 May 2017

[Video Tun M - Najib Guna LHDN TEKAN MUSUH POLITIKNYA] Utusan Malaysia, Harakah & blog-blog pro-Umno seharusnya lebih peka perkara yang melibatkan sensitiviti agama.

Selasa, 16 Mei 2017


Foto Nik Nazmi Nik Ahmad.

4 jam

Saya rasa amat terganggu dengan serangan terhadap Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya.
Penulisan ini pula telah disebarkan oleh beberapa media seperti Utusan Malaysia, Harakah serta blog-blog pro-Umno.
Serangan tidak berasas yang menggambarkan Hannah sebagai ahli politik yang mempunyai agenda tersembunyi di dalam politik jelas berniat mencalarkan imej beliau.
Untuk pengetahuan ramai, Hannah merupakan seorang sahabat yang saya telah lama kenali sejak bertanding bersama untuk Pilihan Raya 2008 di dalam Parlimen Kelana Jaya untuk kerusi DUN kami masing-masing. Kemudian kami juga bekerjasama di Dewan Negeri Selangor apabila beliau dipilih menjadi Speaker dan saya Timbalan Speaker selepas Pilihan Raya 2013.
Sepanjang berkenalan dengan beliau, saya dapati Hannah sebagai seorang penganut agama Kristian yang komited kepada kepercayaannya, tetapi ia tidak pernah memberi kesan kepada dedikasi beliau untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama mahupun latar belakang politik.
Sebagai ADUN pula beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani dan sentiasa berusaha keras untuk memastikan sekolah-sekolah agama di kawasan Subang Jaya mendapati peruntukan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri.
Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
Hannah telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang memberi ruang kepada UMNO di Dewan Negeri untuk memainkan peranan sebagai pembangkang.
Sebagai seorang ahli politik yang mendapat dorongan agama Islam untuk terlibat di dalam masyarakat, saya juga mempunyai ramai sahabat beragama Kristian yang saya senang membincangkan titik persamaan serta perbezaan nilai kepercayaan masing-masing. Saya mendapati lebih mudah bekerjasama dengan ahli-ahli politik lain yang turut didorong nilai-nilai positif agama mereka.
Kepercayaan merupakan hak individu, dan jika kita tidak suka apabila orang bukan Islam mempersoalkan komitmen pimpinan beragama Islam di negara bukan Islam, kita juga tidak seharusnya mempersoalkan komitmen pimpinan bukan Islam yang terlibat di dalam isu-isu semasa di negara kita.
Utusan Malaysia, Harakah dan media lain seharusnya lebih peka akan perkara yang melibatkan sensitiviti agama kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat dan membawa kesan yang padah.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena