Thursday 18 May 2017

[Video "Sekali ombak menghempas pantai..." Pang! Penampar pun sampai] Insiden Sulaiman (Mat Over ahli Umno tegar) menampar David Teo depan Najib! Bukti budaya bodek ke tahap 'gaban'.

Khamis, 18 Mei 2017
Pelakon Mat Over tampar muka David Teo depan PM Najib Razak
Sesuailah dengan nama glamernya sebagai 'Mat Over' memang over pun.

Tidak sempat David Teo nak habiskan pantun lawaknya, "Sekali ombak menghempas pantai..." 
"Pang!" penampar Mat Over pun sampai cuba menyentuh pipi David Teo, mujur ketika dalam situasi genting itu, anggota polis yang bertugas segera menangkap tangan Mat Over sekaligus menahannya daripada terus bertindak.

Tidak diketahui apa sebenarnya punca yang membuatkan Mat Over marah sangat dengan David Teo. Namun apa yang kita ketahui ialah, Mat Over ini memang orang kuat Umno merangkap ahli Umno tegar.

MiLo SuaM

Insiden tampar bukti budaya bodek ke tahap 'gaban'

Insiden tampar yang berlaku semasa dialog artis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam taklimat TN50 memalukan seluruh negara dan mempamerkan 'budaya bodek' yang keterlaluan.
Mengulas insiden yang menjadi tular di media sosial itu, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, tidak sepatutnya mana-mana pihak dikasari hanya kerana memohon sesuatu penjelasan.
"Lebih malang insiden tersebut berlaku di hadapan seorang PM yang dituduh amalkan kleptokrasi.
"Adakah budaya 'bodek' sampai ke tahap 'gaban' untuk membuktikan kesetiaan dari kalangan artis? Apakah ini budaya (bodek) TN50 yang akan mewarnai politik Malaysia di masa hadapan?" ujar beliau dalam respon segeranya terhadap insiden malam tadi.
Dalam insiden itu, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Picture (MIG) Datuk David Teo telah ditampar pelawak Sulaiman Yassin ketika sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib yang dihadiri golongan artis.
Teoh tidak berpuas hati kerana pemudahcara majlis Rosyam Nor didakwa tidak bersikap adil kerana hanya memberi peluang kepada artis yang duduk di sudut tertentu untuk berdialog.
Beliau enggan berhenti bercakap walaupun diarahkan Rosyam hingga Sulaiman tiba-tiba meluru ke arahnya dan menampar pengarah filem tersebut.
Mereka kemudian dileraikan anggota polis dan hadirin.
Najib kemudian mengarahkan David dan Teoh bersalaman namun pertelingkahan antara kedua mereka berlanjutan di media.
"Insiden yang berlaku tadi hanya gimik. Ia sebahagian daripada program hari ini," ujar Sulaiman sambil ketawa ketika ditanya wartawan.
Bagaimanapun Teo menafikan kenyataan Sulaiman dan berkata insiden itu bukanlah gimik seperti didakwa.
"Saya tidak diberikan peluang bercakap dengan PM. Saya juga tidak tahu ia hanya gimik. Saya juga tidak mengenalinya secara peribadi," ujar Teo kepada wartawan selepas insiden berlaku.
Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata golongan artis sepatutnya bebas seperti mana karya mereka dan tidak patut dicemari dengan budaya bodek dan diracuni amalan rasis.
"Komentar di media sosial sudahpun beredar dengan membawa nuansa rasis hanya kerana mangsa yang dikasari adalah Cina dan yang mengkasari adalah Melayu.
"Mesej insiden tampar adalah jelas, budaya bodek boleh mencemarkan nama baik PM, keterbukaan tidak ada dan PM kini merasai hasil budaya bodek yang didoktrinkan ke atas masyarakat seni," kata ahli parlimen Parit Buntar itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena