Monday 12 January 2015

Asal TEGUR je kata "dosa lain-lain kubur lain-lain"...KAU nak mati mereput jadi bangkai ke?

Isnin. 12 Januari 2015
Follow · 16 hrs · 

Ada betulnyer kan
Pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah berkata ketidaksungguhan pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini menjadi penyebab anak-anak muda khususnya yang tinggal di bandar besar mudah terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merendahkan diri mereka sekaligus mencemar kemurnian martabat Islam.
“Kita ambil contoh apa yang telah berlaku tahun lepas apabila ada pihak cuba menganjurkan program menyentuh anjing yang turut disertai oleh orang Islam hingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat kita. Orang itu (penganjur) tidak dihukum sebagaimana yang sepatutnya dibuat berlandaskan undang-undang Islam.
“Ini kerana orang-orang agama seperti mufti yang dilantik tidak bersuara dengan lantang serta gagal untuk menghukum pesalah mengikut tatacara Islam. Mereka kena berfikir untuk itu,” tegasnya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.
Kata Daud, kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan program-program yang bercirikan agama sama ada di televisyen atau sebagainya belum tentu mampu menegah umat Islam untuk tidak melanggar larangan Allah S.W.T sekiranya undang-undang Islam tidak dikuatkuasakan sama sekali.
Daud berkata demikian ketika mengulas tentang video aksi beberapa gadis Melayu bertudung berusia lingkungan 20-an merelakan diri mereka dipeluk dan dicium dia atas pentas pada satu persembahan K-Pop yang diadakan di ibu negara petang semalam

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena