Wednesday 7 January 2015

Hujan beserta angin kencang dijangka berlaku bermula esok hingga Jumaat (9 Jan) - MetMalaysia

Rabu, 7 Januari 2014

Bersedia untuk hadapi hujan monsun dan angin kencang pula...

KUALA LUMPUR: Satu lagi episod hujan monsun yang akan menyaksikan hujan beserta angin kencang dijangka berlaku bermula esok hingga Jumaat (9 Jan) ini di beberapa negeri yang dilanda banjir sebelum ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan beberapa bahagian di Sabah iaitu di Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut jabatan itu. Justeru MetMalaysia mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa mengikuti perkemba­ngan cuaca terkini.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut jabatan itu. Justeru MetMalaysia mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa mengikuti perkemba­ngan cuaca terkini.

Amaran angin kencang dan laut bergelora iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang dikeluarkan 4 Jan lepas juga akan berterusan sehingga Jumaat (9 Januari) ini.

Dalam tempoh itu juga orang ramai diinasihatkan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini cuaca melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638, laman web www.met.gov.my atau laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia. - BERNAMA
Minda Cikgupk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena