Monday 12 January 2015

[Video] 'Kerajaan Perpaduan' Jangan terpedaya! PAS tidak mahu lagi buat silap...kata Datuk Raja Kamarul Bahrin

Isnin, 12 Januari 2015

Jangan terpedaya kerajaan campuran PAS - Umno

PAS diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan cadangan membentuk kerajaan perpaduan di saat Kelantan dalam tempoh pemulihan pasca banjir, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, usaha kerjasama di antara PAS dan Umno tidak semudah seperti yang disangka kerana banyak perkara yang perlu dijawab dan ditangani kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum bergerak ke langkah seterusnya.

“Kepada mereka yang terpesona dengan konsep kerajaan perpaduan, sebelum kita bermula mimpi yang indah, lebih baik kita merenung realiti pahit bersama kita selama ini dimanipulasi Umno.

“Situasi semasa di mana rakyat Kelantan terutamanya menghadapi tekanan hebat bencana banjir ialah waktu Umno ingin mengambil kesempatan saat kelemahan fizikal dan mental.

“Kita tidak harus mengambil keputusan dalam keadaan yang lemah tetapi sepatutnya dalam keadaan yang gagah,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam.

Kamarul Bahrin berkata, PAS tidak mahu lagi silap mengambil langkah seperti mana sejarah politik sebelum ini dan masih dengan pendirian sama.

Katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengingatkan supaya parti Islam itu tidak sesekali “jatuh dalam lubang yang sama”.

Beberapa perkara perlu diperhatikan Umno dengan memainkan peranan lebih baik dan menunjukkan inisiatif ikhlas dalam meyakinkan PAS.

“Lebih-lebih lagi Umno mempunyai kuasa lebih besar di peringkat kerajaan persekutuan,” katanya seperti dipetik laporan akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut membangkitkan beberapa isu yang masih belum mendapat perhatian kerajaan pusat seperti tembok pencegah banjir di Rantau Panjang.

Katanya, loji pemproses minyak di tengah laut Kelantan yang dibina Petronas di Selatan Thailand turut menjadi persoalan sama ada kerajaan persekutuan sudi memindahkannya untuk membuka peluang pekerjaan kepada anak Kelantan.

“Bilakah kerajaan pusat akan memulakan pembinaan lebuhraya di Kelantan? Keadaan di Kelantan amat menyedihkan kerana berbilion duit royalti dinafikan selama berpuluh tahun.


“Sebelum pemimpin Umno ingin menabur janji manis lagi, silalah beri jawapan soalan di atas dahulu. Kata orang putih, ‘talk is cheap’,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena