Sunday 11 January 2015

Kerajaan 'Wasatiyyah' SANGGUP memperuntukkan RM1.6 juta kepada artis K-pop...Apa kata Siti Nurhaliza...

Isnin, 12 Januari 2015
Kisah wanita Italy di Kedah dan wanita Melayu dipentas kpop.
Cerita Sebenar Gadis Cantik Ini Bekerja di Kedai Makan (4 Gambar)
Pelaris besar nampaknya Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.

Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.

Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah.

TAHUKAH ANDA !!!
KERAjaan 'Wasatiyyah' SANGGUP memperuntukkan RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan 2012 sebagai 'PENGIKTIRAFAN' kerajaan kepada golongan belia.
Jgn terkejut & hairan jika negara kita sentiasa ditimpa musibah yg tak berkesudahan..
NOTE : PENDEDAHAN Laporan Ketua Audit Negara 2012

Kpop: Nasihat Siti Nurhaliza, Kata Periuk Belanga Hitam...

KL: Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza menasihati peminat-peminat yang begitu obses kepada mana-mana artis perlu lebih peka kepada batas agama.

Siti berkata demikian berhubung dengan video peminat bertudung dipeluk oleh anggota sebuah kumpulan Kpop yang mengadakan konsertnya di Malaysia baru-baru ini. Video yang menunjukkan beberapa gadis negara ini yang dipeluk mesra dan dicium artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu menjadi viral di media sosial.

Kata Siti,  dalam situasi tersebut selain peminat, pihak penganjur juga harus lebih sensitif dengan program yang dianjurkan lebih-lebih lagi yang melibatkan peminat yang berhijab.

"Saya terkejut dengan perkara ini, tak salah meminati tetapi peminat harus peka dengan batas-batas sebagai seorang Islam bila bertemu artis pujaan. Sepatutnya penganjur perlu awasi sensitiviti di negara ini.

"Ada budaya dan batas yang perlu mereka ambil tahu lebih-lebih lagi menganjurkan aktiviti pentas yang membabitkan peminat bertudung. Penganjur perlu terangkan kepada artis anjuran mereka, lebih-lebih lagi dari luar negara” kata Siti yang ditemui di majlis sambutan ulangtahunnya yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dato Siti Nurhaliza menasihati peminat-peminat yang begitu obses kepada mana-mana artis perlu lebih peka kepada batas agama. Al-hamdulillah!  Beliau berjaya mengumpulkan kutipan derma sebanyak RM310,000 untuk diberikan kepada tabung untuk mangsa banjir, pun Al-hamdulillah!

Cuma gurau-gurau sikit.. Dato Siti Nurhaliza nasihatkan peminat-peminat supaya perlu lebih peka kepada batas agama, adakah profesyen Dato sendiri sebagai penyanyi wanita itu sudah berjalan sesuai dengan kehendak agama? Jangan sampai ada orang berkata, 'Kata Periuk Belanga Hitam'..

Maaf! Gurau-gurau sikit Dato'! (IH).



Najib pun Kpop juga. Tetapi gambar di bawah ini bukan Kpop.


Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena