Monday 12 January 2015

Ringgit terus susut, bursa saham jatuh...Ringgit disebut harga pada 3.5500/5520 bagi satu dolar AS!

Isnin, 12 Januari 2015

Ringgit terus susut, bursa saham jatuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini  apabila dolar meneruskan momentum bulis berbanding mata wang utama lain, kata seorang peniaga.
Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 3.5500/5520 bagi satu dolar AS berbanding 3.5320/5350 pada penutupan semalam.
Bursa malaysiaRinggit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Ia susut berbanding pound kepada 5.4173/4214 daripada 5.4050/4110 semalam, dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6622/6639 daripada 2.6479/6503 semalam.
Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.2391/2422 daripada 4.2225/2275 dan jatuh berbanding yen kepada 2.9777/9796 daripada 2.9343/9373 sebelumnya.
Sementara itu, Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan sesi pagi dengan 26.32 mata lebih rendah pada 1,710.30.
Indeks petunjuk utama itu berlegar antara 1,730.94 dan 1,708.78 sepanjang sesi berkenaan.
Kerugian komponen indeks saham komposit didahului Maybank yang susut 35 sen kepada RM8.65, manakala Genting Bhd rugi 36 sen kepada RM8.37 dan Petronas Gas jatuh 66 sen kepada RM21.16.
Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 662 berbanding 88 dengan 176 kaunter tidak berubah, 813 kaunter tidak diniagakan dan sembilan lain digantung.
Bernama melaporkan, peniaga mengaitkan sentimen itu sejajar dengan kebanyakan pasaran lain berikutan kejatuhan harga minyak mentah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64683

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena